Tuesday, July 10, 2012

Kes Liwat Anwar@ sodomi II: AG Fail rayuan

Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

Ketua bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Kamaluddin Md Said mengesahkan petisyen rayuan telah difailkan semalam.

Pihak Pendakwaan mempunyai sehingga esok untuk memfailkan rayuan selepas semua pihak telah memperolehi penghakiman bertulis oleh hakim Datuk Hakim Mohamad Zabidin Md Diah.

Hakim Zabidin mengeluarkan penghakiman bertulis Isnin lalu dan pendakwaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan rayuan.

No comments:

Blog Archive