Sunday, July 29, 2012

Dengki merupakan perjuangan Pakatan Pembangkang: Nazri

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan keputusan PAS terhadap pelaksanaan hukum hudud yang ditentang DAP menunjukkan kerjasama dalam pakatan pembangkang sebenarnya tidak ikhlas dan hanya bertujuan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata pakatan pembangkang hanya mempunyai perasaan hasad dengki untuk menjatuhkan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang dan bukan bertujuan menubuhkan kerajaan untuk menguruskan hal-hal rakyat.

"Pakatan yang dimaksudkan mereka ini sebenarnya bukan pakatan yang kukuh...malah mereka hanya berpakat untuk menjatuhkan BN dan mereka bukan mahu meletakkan kepentingan dalam memajukan rakyat," katanya pada satu majlis Di Padang Rengas, Perak pada Sabtu.

Mohamed Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam yang mengulangi pendirian parti itu akan memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.

Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.

No comments:

Blog Archive