Sunday, June 10, 2012

Pemimpin BN Sabah melompat- tertangguh-Anwar terkandas di Labuan

Kepastian dua MP BN Sabah menyertai PKR -seorang daripada UPKO dan seorang daripada Umno, tertangguh disebabkan Anwar gagal hadir pada satu perjumpaan rakyat di Kota Belud hari ini.

Difahamkan Anwar terkandas di Labuan, kerana kapal yang ditumpanginya gagal mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pada 1.40 petang tadi, akibat cuaca buruk.

Malam ini, ada lagi perjumpaan PKR di Star City Kota Kinabalu, dan dijangka Anwar sempat menghadirinya.

Para pemimpin BN itu, dikhabarkan akan diterima Anwar sendiri, atas sebab itu, semasa perjumpaan Tadau Kaamatan di Kota Belud, belum ada kepastian penyertaan dua MP BN tersebut.

Dikhabarkan dua wakil rakyat BN itu adalah MP Tuaran-Datuk Welfred Bumburung dan MP Beaufort-Datuk Lajim Okin yang juga Timbalan Menteri Perumahan Persekutuan.

Selain daripada itu, dikhabarkan juga beberapa pemimpin Bn akan menyertai pembangkang antaranya mantan Ketua Menteri Sabah-Datuk Osu Sukam, Mantan Menteri Koperasi dan Pembangunan Tanah Persekutuan-Tan Sri Kasitah Gadam, Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah semasa PBS plus-Datuk Amir Kahar, dan seorang peguam Senator Maijol Mahap daripada UPKO.

Kepastian daripada spekulasi ini akan diketahui malam ini.

1 comment:

Mordechai Kuchai said...

Untuk Anuwar yang dari Penang. Kits back pantun Melayu lama Pulau Pinang:

Balik Pulau Bahan Lepas
Sana terpulau sini ferlepas

Hal yang di lakukan Anuwar adalah seperti selimut Pendek. Sekiranya PR dapat mengekalkan kerusi yang ada tambahan dari Sabah menjadikannya kerajaan pusat.

Malangnya mimpi ini tinggal mimpi kerana rekod buruk di negeri yang di perintah.

Blog Archive