Thursday, June 28, 2012

Isu masuk Umno-Rezeki Cikgu Mala melimpah

Normala Sudirman yang asalnya seorang guru kemudian terpaksa meletak jawatan kerana dipilih menjadi calon PAS dalam pilihanraya kecil Dun Tenang pada awal 2011.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya kerana beliau kalah dalam pilihanraya berkenaan. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Kejar jawatan YB tak dapat jawatan guru yang dipegang dilepaskan.

Sewaktu baru-baru kalah Normala masih lagi dijulang oleh PAS dan diheret ke hulu dan ke hilir kononnya sebagai ikon baru PAS. Kebetulan dia juga mempunyai wajah yang sedikit cantik. Empat ke lima bulan selepas itu Normala tidak lagi dihargai PAS.

Memandangkan beliau telah meletak jawatan sebagai guru , maka beliau bercadang untuk pergi lebih jauh dalam politik. Lalu beliau mencuba nasib untuk bertanding sebagai AJK PAS Pusat dalam pemilihan pada pertengahan tahun 2011.

Jika diikutkan cara PAS julang beliau selepas beliau kalah bertanding pilihanraya dan diberi gelaran sebagai ikon baru, beliau sepatutnya menang top 5 dalam 18 calon yang dipilih. Sungguh mengecewakan apabila beliau langsung tidak terpilih AJK PAS Pusat .

Sudah jatuh ditimpa tangga, jawatan guru dilepas, nak jadi YB ditolak rakyat, nak jadi AJK PAS ditolak pula oleh ahli-ahli PAS.

Nama Normala yang sebelum itu kembang mekar dan harum subur makin lama makin layu. Orang-orang PAS sudah tidak ingat lagi kewujudannya. Undangan ceramah juga makin lama makin berkurangan.

Setelah berhenti sebagai guru dan kalah bertanding pilihanraya Normala hilang punca pendapatan. Wang ada banyak dikeluarkan semasa bertanding. Undangan ceramah menjadi pendapatan beliau. Apabila undangan ceramah berkurangan , maka pendapatannya juga kurang. Difahamkan beliau juga terpaksa menanggung hutang ketika bertanding pilihanraya. PAS langsung tidak bertanya khabar tentang kedudukan ekonomi beliau. Difahamkan semakin hari beliau semakin tertekan dengan kedudukan ekonomi keluarganya.

Lalu muncullah cerita yang mengatakan beliau akan masuk UMNO kerana berpatah arang berkerat rotan dengan PAS yang tidak mengambil peduli atau bertanya khabar dengannya tentang hutang-hutang yang ditanggungnya untuk bertanding dalam pilihanraya, dan juga tidak menghargai pengorbanannya melepas jawatan sebagai guru untuk menjadi calon PAS.

Mengikut maklumat yang kami terima cerita berkenaan berpunca dari Normala sendiri dengan niat untuk menggeletek pimpinan PAS agar memberi perhatian kepadanya. Sudah menjadi kelaziman sebarang gossip atau berita-berita panas politik akan cepat mendapat perhatian blog-blog politik. Cerita berkenaan tersebar beberapa hari.

Setelah beberapa hari tersebar tiba-tiba Normala muncul menafikan yang beliau akan masuk UMNO dan mengugut akan menyaman blog-blog yang melaporkan berita berkenaan. Dalam masa yang sama Normala mendapat perhatian pimpinan PAS yang mula bertanya khabar tentang hutang yang ditanggungnya dan juga kedudukan ekonomi keluarganya.

Bijak sungguh Normala bermain politik.

Tulisan asal disini

No comments:

Blog Archive