Sunday, June 10, 2012

Beku PTPTN- Bukan Soal Integriti

Ura-ura pembekuan PTPTN bukan soal integriti. Pemimpin BN hanya membenarkan permintaan pemimpin Pakatan Rakyat, yang beria-ia mensuhkan pinjaman pendidikan itu.

Pinjaman PTPTN kepada para pelajar sebenarnya adalah bentuk pelaburan tidak langsung para pelajar. Pelajar yang menerima kemudahan itu, sekurang-kurangnya tahu, mengurus kewangan, dalam rangka memajukan diri.

Selain itu, pinjaman itu juga boleh menjadi pendorong kepada pelajar untuk cemerlang, kerana ada skim dalam pinjaman itu yang membolehkan pelajar tidak perlu membayar semula pinjaman jika mendapat keputusan yang cemerlang.

Pelajar cemerlang adalah tujuan utama PTPTN, agar supaya para pelajar yang cemerlang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

Perlu kita akui, hanya melalui kecemerlangan sahaja negara kita cepat maju. Tiada guna ramai pelajar yang mempunyai kelulusan peringkat universiti, namun tidak mampu menyumbang daripada segi buah fikiran yang berinovatif.

Perlu kita akui, bahawa telah terlalu ramai pelajar kita yang mempunyai kelayakan universiti atau kolej, tetapi berakhir sebagai pelayan di restoran-restoran;

Kita tidak mahu, keadaan demikian, kerana ianya merupakan kerugian kepada negara. Golongan pelajar yang mempunyai kelayakan akademik, sebenarnya dituntut mencipta peluang, bukannya berbaris merebut peluang yang tersedia bagi mereka yang gagal belajar di peringkat universiti.

Bagi pembangkang, mereka menyembunyikan hakekat sebenar tujuan belajar di Peringkat Universiti, bagi mereka, kuantiti pelajar yang berkelulusan universiti yang diutamakan bukan kualiti; sebab itu mereka mempunyai visi pendidikan percuma. melaalui pendidikan percuma di peringkat universiti, merupakan salah satu penjajahan mental yang tersembunyi, agar suatu kelak, rakyat negara ini, terdiri daripada masyarkat robot yang tidak mampu menggunakan fikiran dan minda.

Kalaulah isu pendidikan percuma merupakan kaedah terbaik untuk mengwujudkan generari bijak pandai, sudah pasti negara maju seperti Amerika, Australia, Jepun dan lain-lain negara telah menjadikannya sebagai polisi.

Hakekatnya, pendekatan pendidikan percuma, bukan caranya menghasilkan pelajar bijak pandai; sebab itu kerajaan mengwujudkan PTPTN sebagai katalis untuk mencipta generasi bijak pandai; melalui skim kecemerlangan agensi itu. Cukup jelas dan terang, jika keputusan cemerlang, maka pinjaman tidak perlu dibayar; pun demikian, cabaran itu tidak disahut oleh pelajar kita; sebaliknya mereka, mendakwa pinjaman itu hanya beban mereka... sifat negatif seperti ini, hanya terdapat pada mereka yang pesimis dan tidak berinovatif dan tidak berpandangan jauh. Fikir-fikirkan lah.

No comments:

Blog Archive