Saturday, May 12, 2012

Umno 66 Tahun: Sokongan terhadap Umno telah kembali: Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir menyifatkan bahawa sokongan ahli Umno kepada parti telah kembali pulih. Beliau yang turut sama di Stadium Bukit Jalil malam tadi, menyifatkan bahawa kehadiran lebih 100 ribu ahli Umno sempena menyambut ulang tahun kelahiran Umno yang ke-66, menunjukkan bahawa ahli umno telah kembali menyokong parti itu.

Akibat protes ahli Umno kepada parti pada PRU-12, maka ramai calon-calon parti telah tewas kepada calon2 pembangkang. Bukan sahaja itu, akan tetapi juga sebahagian besar calon2 komponen parti BN di Semenanjung kalah teruk.

Tidak dapat dinafikan, bahawa kemenangan calon2 MCA, Gerakan, MIC ataupun PPP sangat tergantung kepada sokongan padu daripada ahli2 Umno. Memandangkan hampir separuh daripada ahli2 Umno pada PRU-12 melakukan protes, maka tsunami politik menerkam BN di Semenanjung ketika itu.
Namun, semuanya itu telah menjadi sejarah. Malam tadi, nampaknya sokongan ahli Umno kepada parti kembali bertaut.

No comments:

Blog Archive