Saturday, May 19, 2012

PRU-13: Sabah siap sedia: Musa

BN Sabah sudah siap sedia menghadapi PRU-13, demikian kata Pengerusi Perhubungan Umno Negeri merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

"BN Sabah senantiasa bersiap sedia setiap masa, tidak sama dengan Parti Pembangkang, yang hanya sibuk setiap empat tahun sekali". Datuk Musa Aman.

Pada PRU-12 lalu, BN Sabah menang 24 kerusi Parlimen daripada 25 yang ditandinginya, sementara DUN, BN menang 59 daripada 60.

Berasaskan kepada pencapaian pada PRU-12, maka Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengistiharkan bahawa Sabah adalah "Fixed Deposit" BN pada sebarang pilihanraya, termasuk menghadapi PRU-13 yang dikatakan sebagai IBU kepada semua PRU di negara ini.

Musa telah menjelajah seluruh pelosok negeri, Ketua Menteri itu, melihat sendiri sokongan rakyat terhadap BN.

BN Sabah diramalkan tidak mempunyai masalah mempertahankan kawasan-kawasan tradisinya- terutama kawasan bumiputera islam.

Walaupun diatas kertas, BN Sabah berhadapan dengan tantangan yang kuat di kawasan-kawasan majoriti kaum cina, namun keadaan kawasan-kawasan tersebut masih dalam keadaan 50:50.

Jika trend pengundian kaum cina menyamai trend di PRN Sarawak pada April-2011, maka ada kemungkinan BN Sabah akan kehilangan kawasan-kawasan yang dihuni oleh kaum itu.

Kawasan seperti Parlimen Kota Kinabalu (sekarang DAP), Sandakan (LDP), Tawau (SAPP-menang atas tikit BN) ada kemungkinan akan terlepas kepada calon2 pembangkang. Namun, jika BN dapat mengemukakan calon2 yang boleh menang, tidak mustahil kawasan2 tersebut boleh dimenangi BN.

Bagi kawasan DUN pula- persepsi sekarang ini, DUN Kepayan, Luyang, Tanjong Aru, Api-api , Inanam akan dimenangi calon2 pembangkang, manakala kawasan2 50:50 adalah DUN Moyog, Tamparuli, Merotai dan Tanjong Kapur.

Kalaupun kawasan2 yang disebutkan itu dimenangi pembangkang, namun BN Sabah tetap mempunyai kuasa 2/3 kerana jumlah kerusi untuk kuasa 2/3 hanya memerlukan 40.

Namun agak malang, jika pembangkang boleh menang lebih daripada satu kerusi Parlimen, kerana kerusi parlimen adalah penentu parti mana yang membentuk kerajaan pusat.

Pada PRU-12, Sabah dan Sarawak menyumbang 54 kerusi daripada 139 kerusi BN secara keseluruhan. Sekiranya, pada PRU-13 BN Sabah dan Sarawak tidak mampu mempertahankan kerusi yang dimenanginya itu, maka BN Semenanjung perlu menang kerusi2 yang kalah itu. Jika BN Semenanjung, hanya mampu mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebelum ini, maka kuasa 2/3 semakin lebar jurangnya.

Akan tetapi berasaskan kepada persepsi semasa, BN Semenanjung akan menyerlah kali ini terutama di kawasan2 melayu dan india. 40 kawasan yang ditandingi UMNO pada PRU-12 yang kalah, sekurangnya akan menang 10, jika ini menjadi kenyataan, maka jumlah kerusi keseluruhan yang akan dimenangi BN berkisar antara 140-142- kurang enam atau lapan kerusi untuk kuasa 2/3. Jika, parti MIC mampu menambah 2 kerusi dan Gerakan 1 serta MCA mampu mempertahan 15 kerusi Parlimennya, maka secara keseluruhan BN hanya memperlukan 2 atau 3 kerusi untuk kuasa 2/3.

Namun, apabila Sabah dan Sarawak mampu mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-12, maka BN secara keseluruhan akan memerintah dengan kuasa 2/3 dengan perolehan kerusi antara 148-150 daripada 222 jumlah kerusi parlimen.

Melihat kepada keyakinan Musa dan Taib Mahmud (Ketua Menteri Saraawak) sejak akhir-akhir ini, tidak mustahil, kejayaan tahun 2008 akan berulang. Jika kejayaan itu berulang, maka sahlah, Sabah dan Sarawak adalah "fixed deposit BN".

No comments:

Blog Archive