Latest News

Menurut Bernama Peserta Bersih3.0 hanya 22,000

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengumpulkan gambar-gambar dari tujuh lokasi sekitar bandar raya ini dan menggunakan sistem memblok foto untuk memutuskan anggaran 22,000 peserta pada perhimpunan 28 April lalu.

Semasa memberi penjelasan teknik yang digunakan, Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan berkata ia menggabungkan perisian grafik mudah yang mana gambar-gambar diperbesar sebelum petak dimasukkan untuk memudahkan pengiraan bilangan orang.

Beliau berkata 10 peratus margin kesilapan ditambah kepada bilangan peserta untuk menggantikan mereka yang mungkin tersorok atau dilindungi di dalam gambar-gambar itu.

Katanya anggaran jumlah, tidak termasuk anggota keselamatan dan polis yang bertugas.

"Gambar-gambar itu diambil dari pukul 11.53 pagi hingga 12.52 tengah hari pada 28 April oleh jurufoto-jurufoto kami yang berada di dalam helikopter polis.

"Gambar-gambar peserta diambil sebelum mereka mula bergerak ke Dataran Merdeka. Kemudian gambar-gambar itu diperbesar sebesar saiz skrin komputer, iaitu tujuh inci kali tujuh inci, sehingga bilangan orang boleh dikira," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-44 agensi berita itu di Wisma Bernama di sini, Isnin.

Hasnul berkata gambar-gambar itu diambil dari tujuh lokasi iaitu Jalan Tun Perak, simpang Jalan Tun Perak/Jalan Silang; simpang Jalan Sultan/Jalan Jebat; kawasan Pasar Seni; Jalan Pasar Besar; Jalan Kinabalu dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa bilangan yang menyertai perhimpunan awam di ibu negara bulan lepas ialah 22,270 dan bukan beratus ribu seperti yang didakwa pembangkang.

"Kaedah pengiraan kami mungkin bukan yang terbaik, tetapi jumlah yang dikira adalah munasabah. Ia hampir sama dengan konfigurasi BBC (25,000)," kata Hasnul.

Walaupun sesetengah orang mungkin mempertikai anggaran jumlah Bernama ini, katanya, jumlah peserta memang tidak mungkin lebih daripada 100,000 atau 300,000 seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kami alu-alukan mereka yang mahu tahu mengenai kaedah ini. Ia bukan kaedah yang terbaik, tetapi ia menepati tujuannya," katanya sambil berkata unit foto Bernama mengambil masa dua hari untuk meletakkan petak-petak itu dan membuat pengiraan. BERNAMA

1 Response to "Menurut Bernama Peserta Bersih3.0 hanya 22,000"

Adi Kencana said...

Ni pengiraan secara saintifik. Kalau pembangkang nak bantah, sila bagi bukti anda..

RAJA NONG CHIK GUNA PENGARUH DALAM UMNO UNTUK BAGI KONTRAK KEPADA ANAK SENDIRI? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Blog Archive