Latest News

Majlis peguam bela bersih 3.0- walau dengan jelas himpunan itu melanggar undang-undang

Beruntung sungguh peserta Himpunan Bersih3.0; walaupun melanggar undang-undang dan melakukan rusuhan, akan tetapi mendapat pembelaan daripada Majlis Peguam.

Apa ertinya ini? jelas Majlis peguam merupakan sebahagian daripada Bersih3.0.

Benarlah kata mantan IGP Tun Hanif omar, bahawa Bersih3.0 disusupi anasir komunis.

Pihak polis tidak akan melakukan tindakan menyuraikan himpunan kalau tidak melakukan rusuhan. Takkan lah bomba menunggu rumah hangus terbakar baru memancutkan air.

Pengajur Bersih telah diminta mengadakan himpunan itu di Stadium, tapi mereka enggan. Mereka memaksa juga, tempat yang dilarang digunakan. Apa ertinya ini? mereka mahu mencabar pasukan keselamatan dan penguasa undang-undang.

Pengajur Bersih3.0 mengajar para peserta untuk melanggar dan tidak mematuhi undang-undang. Dan kini pula Majlis peguam berdiri teguh dibelakang mereka. Apa ertinya ini? Majlis Peguam juga bersetuju agar undang-undang dan peraturan tidak dipatuhi.

Percayalah, apabila undang-undang dan peraturan tidak dipatuhi-siapapun yang memerintah, keadaan negara akan semakin kucar kacir.

Kini jelas pada kita, bahawa para pengamal undang-undang yang bernaung pada Majlis Peguam (bukan semua, hanya minoriti) menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang...

1 Response to "Majlis peguam bela bersih 3.0- walau dengan jelas himpunan itu melanggar undang-undang"

mya said...

'CHOCOLATE BAR' COUNCIL.

Apa nak herankan. Jadi hisapan anasir jahat antarabangsa.

Blog Archive