Latest News

Kenapa pemimpin PKR suka sangat bohong??

Apabila Saifuddin Nasution-Setiausaha Agong PKR menganggap bahawa dia berjaya membongkar satu rahsia besar dan sangat yakin ianya boleh membantu pembangkang mendapat simpati daripada rakyat, ternyata meleset. Malah pembongkarannya memakan diri sendiri.

Ahli Parlimen Machang, Kelantan itu mendakwa bahawa Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar sebagai ahli UMNO, dan siap dengan nombor keahlian dan cawangan dan bahagian sekali.

Pemimpin PKR itu begitu yakin sekali dengan pendedahannya itu, sehingga meminta Wan Ahmad meletakkan jawatan.

Bukan calang-calang tempat bagi Saifuddin, semasa mendedahkan bahawa Wan Ahamd adalah ahli Umno, pendedahan itu berlaku di lobi Parlimen Malaysia.

Melalui pendedahan itu, puak-puak membangkang dengan pantas meminta Wan Ahamd letak jawatan, kerana kononnya, sebagai ahli Umno, sudah tentu beliau tidak dilihat sebagai berkecuali dalam menjalankan urusan pilihanraya.

Apabila siempunya badan membuka mulut, yakni Wan Ahmad, bahawa individu yang dimaksudkan oleh Saifuddin itu, sebenarnya bukanlah dirinya, melainkan orang lain, yang mempunyai nama sama dengan beliau.

Wan Ahmad menjelaskan, bahawa semua pendedahan Saifuddin itu adalah bohong dan fitnah, kerana semua fakta yang disangka dirinya adalah milik orang lain.

Sebenarnya, tujuan Saifuddin menuduh Wan Ahmad adalah untuk mencemarkan nama baik SPR dan sekaligus membuat hasutan, agar rakyat kehilangan keyakinan terhadap badan itu.

Sejak tahun 2007, pihak pembangkang mencuba berbagai cara untuk memburukkan SPR, yang mereka zahirkan melalui BERSIH. Pembangkang mempergunakan Bersih untuk menwujudkan suasana agar supaya rakyat tidak yakin lagi kepada badan yang melaksankan pilihanraya di negara ini sejak merdeka.

Perkembangan terkini, Pembangkang mahu mempergunakan Bersih untuk mencetuskan huru hara dalam negara melalui rusuhan.

Pada 28 April, janji pengajur, bahawa Himpunan Bersih3.0 adalah aman, ternyata bohong, kerana himpunan itu begitu ganas.

Akibat keganasan para peserta himpunan, maka ramai orang awam dan polis tercedera, selain itu harta benda awam dirosak binasakan.

Pihak polis telah berjanji, bahawa perusuh-perusuh akan ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Nampaknya, walaupun berbagai penipuan dan pembohongan para pemimpin PKR, rakyat tidak juga terpengaruh, melainkan yang terpengaruh itu, adalah mereka yang tidak boleh menerima kebenaran, hakekat dan fakta. Mereka, berada didunia lain, fikiran dan akal mereka, bukan tergolong manusia-manusia normal.

1 Response to "Kenapa pemimpin PKR suka sangat bohong??"

salmah hassan said...

APAKAH TINDAKAN YANG DIAMBIL PADA PIHAK PENGANJUR?.....MUNGKIN DALAM PERHATIAN ATAU PERTIMBANGAN .... ADAKAH SETELAH RAMAI YANG TERBUNUH BARU TINDAKAN DIAMBIL ATAU MASIH DALAM PERHATIAN LAGI! ...KENAPA LEMBAP SANGAT NAK AMBIL TINGAKAN....SEKARANG BARU POLIS CEDERA NANTI BILA DAH TERBUNUH SIAPA YANG NAK TANGGUNG ANAK-ANAK YATIM TU NANTI? BERTINDAK CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!!!!!!! dari makcik sal...

Blog Archive