Latest News

Bantah LBGT: Giliran Nasruddin Hassan pula kena pecat?

PASTI Brother Anwar bin Ibrahim (BABI) akan marah besar, atas sebab Dewan Pemuda PAS menggesa kerajaan supaya segera menghalang seorang penulis pro-lesbian, Irshad Manji daripada mengadakan program di ibu negara.

Ketua pergerakan itu Nasruddin Hassan berkata, kerajaan perlu menyiasat dan menghalang program berkenaan sekiranya benar akan dijalankan.

"Jika didapati benar ianya akan dianjurkan, maka kami mendesak supaya pihak berkuasa tegas menghalang program seperti ini kerana ia jelas membawa ideologi yang boleh memudaratkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam," kata Nasruddin.

Nasruddin juga berkata, buku baru bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta yang sedang dipromosi aktivis Islam liberal berkenaan, dalam siri jelajahnya di rantau ini, merupakan pandangan yang bertentangan dengan agama.

Katanya, beliau mendapat maklumat bahawa pejuang hak homoseksualiti itu akan mengadakan pertemuan dengan peminat di sebuah kedai buku di Petaling Jaya pada 12 Mei.

"Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya pada 12 Mei ini bermakna membenarkan agenda mungkar ini merebak dalam negara kita dan kelihatan seperti mengiktiraf kegiatan mereka.

"Ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas tanahair tercinta ini," kata Nasruddin lagi dalam satu kenyataan.

Manji, 44, sebelum ini menerima tentangan hebat daripada kumpulan Islam di Indonesia sehingga menyebabkan tiga program diskusi dan promosi buku berkenaan di negara itu dibatalkan.

Media Indonesia melaporkan, salah satu program berkenaan di Gedung Salihara Jakarta terpaksa dibatalkan separuh jalan Jumaat lalu apabila diserbu ratusan kumpulan pendesak daripada Front Pembela Islam yang mahu ia dihentikan.

Bimbang kejadian berulang, dua lagi program sama di Yogyakarta semalam, masing-masing di di Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga dan Universitas Gadjah Mada turut dibatalkan.

Kampus berkenaan bertindak demikian susulan desakan serupa daripada kumpulan siswa Kelompok Rohani Islam.

Bagaimanapun, satu program Manji di Walisongo Islamic State University di Satilaga pada Selasa berlangsung dengan aman, menurut laporan.

0 Response to "Bantah LBGT: Giliran Nasruddin Hassan pula kena pecat?"

Blog Archive