Latest News

Anwar suka sangat jemput penyokong Gay dan anti islam

Nicholas Xenophon (duduk dekat perempuan) daripada Australia merupakan seorang penyokong perkahwinan sejenis dan anti islam di negaranya.

Pakatan Rakyat (PR) telah menjemput sepasukan pemerhati asing untuk memantau sistem pilihan raya di negara ini dan dipercayai untuk mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan perubahan terhadap sistem berkenaan sebelum pilihan raya umum ke-13.

Mereka ialah Senator Nicholas Xenophon dari Australia, Naib Presiden Kanan Parti Nasional Pakistan, Senator Mir Hasil Khan Bizenjo, Presiden Persatuan Undang-Undang Filipina, Dean Amado Valdez, dan Projek Koordinator Yayasan Kebebasan Freidrich Naumann, Juliane Schmucker, termasuk Dr Clinton Fernandes dari Australia.

Antara ahli lain kumpulan pemantau itu termasuk juga wartawan dari India, Mobashar Jawed Akbar, dan Pengerusi Ikatan Ilmuan Indonesia Internasional Mohamad Nasir Tamara Tamimi.

Yang paling banyak bercakap dalam grup ni adalah Xenophon.

Untuk pengetahuan anda, Xenophon adalah ‘pengikut setia’ Anwar yang sentiasa menyokong pemimpin PKR itu.

Malah dia juga antara yang menyokong perkahwinan sejenis di negaranya.

Kalau anda masih ingat, Xenophonlah yang mendakwa kononnya 61 orang Ahli Parlimen Australia menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak lama dulu.

Tak cukup dengan itu, Xenophon juga pernah menggelarkan Jawatankuasa Hak Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen negara ini sebagai ‘mahkamah kanggaru’

Malah Xenophon antara mereka yang paling lantang mengkritik Islam di negaranya.

Justeru tidak hairanlah mengapa dia antara calon yang Anwar paling ‘suka’ untuk diimport ke sini atas alasan hendak memantau pilihan raya, kononnyalah.

Jadi orang macam inikah yang dikatakan adil dan hendak diangkat sebagai pemantau pilihan raya kita?..

0 Response to "Anwar suka sangat jemput penyokong Gay dan anti islam"

Blog Archive