Tuesday, May 08, 2012

Anwar marah betul-gagal rampas Dataran Merdeka

Memang awal-awal lagi Anwar merancang untuk rampas Dataran Merdeka, sebab itu, pasukan berani matinya bermula pada 14 April sudah mencuba berkampung di situ, namun tidak mendapat sokongan.

Apabila pada 28 April, sempena Bersih3.0, Anwar melihat ramai yang turun ke jalan, maka Anwar cuba mengambil peluang itu. Anwar kecewa, kerana pihak polis jauh-jauh lagi sudah mengetahui niat Ketua Pembangkang itu.
Anwar mahu, agar Dataran Merdeka berubah seperti Dataran Tahrir, Mesir, agar dia boleh mengubah kerajaan, dan seterusnya dia mengambil kerajaan, sudah tentunya atas sokongan kuasa besar asing.
Anwar mahu menidakkan kuasa rakyat yang memberikan kuasa kepada BN untuk memerintah negara ini selama 5 tahun dengan cara yang tidak demokratik.
Anwar tahu, melalu pilihanraya, parti-parti mereka tidak akan kemana-mana, kerana majoriti rakyat tidak menyokong.
BN menang kerana sokongan rakyat, bukan kerana hasil menipu... kalaulah BN menipu, mana mungkin pembangkang mampu menang di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, WP dan Perak.
Sebagai bukti bahawa BN bukan menipu, apabila 8 PRK sebaik sahaja keputusan PRU-12, semuanya dimenangi Pembangkang, termasuk merampas kawasan Parlimen Hulu Terengganu daripada BN.
Apabila rakyat mula sedar, bahawa mereka tertipu, maka barulah BN berpeluang menang di 8 PRK terakhir.
Pada PRU-13, majoriti rakyat telah tersedar, atas sebab itu, Anwar mencuba berbagai kekecohan dan rusuhan, agar supaya berlaku pengantian kerajaan sebelum PRU-13 diadakan.
Nyata semua itu adalah sia-sia.



No comments:

Blog Archive