Thursday, April 05, 2012

Warga asing sebagai pengundi: Tuduhan Mahfuz serius

KUALA LUMPUR: PAS mahu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing ditubuhkan secepat mungkin sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, penubuhan Suruhanjaya Diraja itu penting bukan sahaja di Sabah tapi seluruh negeri bagi menyiasat isu pemberian kadpengenalan palsu kepada warga asing seterusnya didaftarkan menjadi pengundi pilihan raya.

Beliau berkata, penubuhannya perlu segera dibuat memandangkan wujud dakwaan satu badan bertindak yang mengendalikan projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa antara individu yang terlibat adalah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Ini dakwaan serius kerana saya anggap seperti menjual negara kepada rakyat asing.

"Mereka takut untuk menghadapi kebangkitan rakyat jadi dengan membawa warga asing ini dapat memastikan mereka mengundi kerajaan" katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan ini berlaku, hak rakyat akan dikuasai warga asing malah masa depan negara turut ditentukan warga asing.

"Suruhanjaya Diraja ini sangat penting dan perlu dibentuk segera dan laporan dikemukakan sebelum PRU-13... sebelum laporan dikemukakan kepada orang awam, PRU-13 tak boleh diadakan sama sekali," tegasnya.

4 comments:

nickko said...

Mahfuz ada bukti ka bahawa nama2 yang disebutkan itu terlibat?? jangan main bedal saja.. tanpa bukti, semua tuduhan itu hanya fitnah.. jangan sampai kena saman berjuta2 plak..

Anonymous said...

setiap kali mahfuz buat kenyataan pasti mengarut, buat tuduhan tapi tak juga tunjukkan bukti.

Anonymous said...

Sama2lah kita menyokong penubuhan RCI, bukan saja untuk Sabah tapi untuk seluruh negara ini. Isu mengenai PATI semakin menjadi kritikal dan kita perlu bekerjasama membanterasnya sebelum kita dikuasai PATI keseluruhannya.

Hosie Masie said...

Tidak ada bukti rasanya tidak ada guna juga bercakap kosong.

Blog Archive