Saturday, April 21, 2012

Unit Amal Pas jaga keselamatan awek botak ni

Peminjam PTPTN wajib bayar hutang. Haram hukumnya kalau tak bayar, demikian kata Mufti Pahang.

Anwar Ibrahim berjanji, kalau Pakatan Rakyat menang, maka PTPTN dimansuhkan.

PTPTN diluluskan di Parlimen pada Julai, 1997. Pada masa itu, Anwar adalah pemangku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Semasa dibentangkan di dewan rakyat, Ketua pembangkang masa itu, Lim kit Siang turut menyokong.

Sebenarnya, isu PTPTN timbul, kerana kebanyakkan mahasiswa yang menjadi penyokong pembangkang adalah terdiri daripada mereka yang dropout atau mereka yang mempunyai markah, yang tidak boleh dipertimbangkan langsung untuk menukar pinjaman kepada biasiswa.

Atas sebab itu, mereka mempunyai niat tersirat untuk menipu kerajaan melalui tuntutan pemansuhan PTPTN.

PTPTN adalah salah satu bentuk pinjaman kepada pelajar daripada golongan yang tidak mampu (walaupun disalahguna juga, kerana mereka yang mempunyai kemampuan, juga menggunakan PTPTN).

Sejak diwujudkan, lebih 800 ribu pelajar mendapat kemudahan daripada kemudahan itu. Selain itu, PTPTN juga merupakan salah satu sumber universiti swasta, atas sebab, boleh menerima pelajar, kerana pelajar tidak terbentur dengan kos pengajian.

PTPTN selain digunakan untuk yuran pengajian, juga digunakan untuk sara hidup. Menurut kajian Kementerian Pelajaran, antara 70-85 peratus pinjaman PTPTN adalah untuk sara hidup.

Persoalannya, kalaulah PTPTN dimansuhkan, ada jaminan kah sara hidup diberikan? Pembangkang boleh sahaja menjanjikan bahawa sara hidup akan diberikan, kerana mereka tahu, bahawa janji itu tidak perlu ditunaikan.

Sebagai contoh, janji pakatan kepada rakyat Selangor, elaun kepada setiap pelajar yang berjaya masuk universiti akan diberikan RM1,000, hingga kini tidakpun ditunaikan. Elaun kepada ibu2 tunggal, warga emas, juga tidak ditunaikan. Sewa premis perniagaan akan diturunkan, apa yang berlaku, sewa naik berkali lipat.

No comments:

Blog Archive