Sunday, April 08, 2012

Siapakah Datuk S? pemimpin Umno Sabah bergundikan PATI

Surat Khabar Tempatan Sabah Daily Express memetik portal berita Sabahkini.net bahawa seorang Datuk yang berintial "S" didakwa menyimpan gundi pendatang asing, berasal daripada Filipina.

Dalam pendedahan itu, Datuk S dikatakan telahpun menikah dengan wanita itu( Pia binti Dahlan dengan panggilan timangan Sofia).

Sofia dikatakan telahpun mendapat warganegara dan diberikan nombor MYKAD dan PASPORT antarabangsa Malaysia.

Akibat pendedahan portal berita itu, Ketua penerangan SAPP (parti tempatan) Chong Pit Fah meminta agensi penguatkuasa seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jabatan imigresen memberi maklumbalas, bagaimana kah seseorang yang melawat negara ini dengan pasport yang sah dan kemudian selepas pasport tersebut tamat tempoh, bertukar pula kepada warganegara Malaysia?

Penjelasan daripada agensi kerajaan itu penting agar supaya, isu ini tidak akan menjadi duri dalam daging kepada kerajaan, kerana perbuatan orang-orang tertentu yang berkepentingan.

Tidak salah bagi Datuk S beristerikan sesiapa, itu hak dia, tetapi proses menjadikan seseorang warga asing itu sebagai warganegara dengan kadar yang amat singkat, itu lah yang perlu disiasat.

Perlu diingat membantu pendatang tanpa izin mendapatkan MYKAD melalui pintu belakang jauh lebih serius daripada mengambil mereka sebagai pekerja dan perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu perbuatan mengkhianat negara.

AYT yakin, ada orang tertentu yang terlibat dan berkepentingan sehingga perbuatan itu merosakan nama agensi kerajaan seperti JPN dan Imigeresen.

Dalam isu ini, walaupun siapa itu Datuk S mudah untuk diteka, namun biarlah pihak berkuasa yang merungkainya.

No comments:

Blog Archive