Latest News

Selepas tertekan kerana BERSIT.. mari ikuti pekembangan Marsha Milan Londoh

Pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh berasa kecewa kerana bidang nyanyian yang paling diminatinya itu kurang menyerlahkan bakat beliau berbanding karier lakonannya.

Marsha berkata, sejak keluar daripada program realiti yang disertainya iaitu Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), banyak tawaran berlakon yang diterimanya berbanding karier nyanyian.

"Sebenarnya saya sudah putus asa dan seperti tiada harapan lagi untuk saya meneruskan karier di bidang nyanyian walaupun pada mulanya muzik adalah keutamaan.

"Pada tahun lalu, album pertama saya yang berjudul “Yang Pertama” kurang mendapat sambutan. Dan memandangkan saya sering menerima tawaran berlakon, saya ambil peluang itu sebagai mengisi masa kosong," katanya.

Tambah Marsha yang baru sahaja selesai berlakon filem Dr. K Kahwin Lima terbitan KRU Studios, buat masa ini dia akan meneruskan karier lakonannya dan akan menyanyi berdasarkan tawaran yang diberi oleh penerbit drama atau filem untuk membawakan lagu runut bunyi (OST).

Dalam pada itu, Marsha kini turut menceburi bidang baru iaitu sebagai pengacara menerusi program gosip hiburan, “Propaganza”, bersama Reza (AF).

Kata Marsha, dia menganggap “Propaganza” memberikan satu kelainan dan cabaran buatnya di mana perlu mengendalikan program itu secara langsung, dia juga perlu menjaga tingkah laku agar dirinya tidak diperkatakan dalam program tersebut.

"Bayangkan, sudahlah kita kendalikan program itu, tiba-tiba nama kita pula yang menjadi bahan gosip.

"Oleh itu saya perlu menjaga tingkah laku dan tidak pergi ke tempat-tempat yang boleh mengundang kontroversi. Ia salah satu cara untuk mengelak untuk tidak digosipkan," ujarnya.

Sementara itu, Marsha bakal berduet bersama penyanyi DJ Dave untuk beberapa lagu pada konsert Journey Through Song, Ingin Bersama DJ Dave yang akan berlangsung pada Jun depan.

1 Response to "Selepas tertekan kerana BERSIT.. mari ikuti pekembangan Marsha Milan Londoh"

Adi Kencana said...

kasi tenang fikiran...

HOT!! BUKTI ANWAR ARAH AZMIN CETUS REMPUHAN DI DATARAN MERDEKA! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Blog Archive