Thursday, April 05, 2012

Sebaiknya Dato' Wan Ahmad saman Mahfuz Omar dengan segera!!!

Mahfuz Omar menuduh Timbalan Pengerusi SPR itu sebagai salah seorang anggota gerakan khas mendaftar warga asing untuk dijadikan pengundi.

Wan Ahmad Wan Omar dinamakan salah seorang yang dinamakan oleh Naib Presiden PAS itu sebagai anggota lapan orang dalam gerakan apa yang disebut oleh Mahfuz mendaftar warga asing sebagai pengundi.

Sebaiknya dengan cepat Wan Ahmad menyaman Mahfuz kerana kerana tuduhan itu mencemar nama baik beliau dan sekaligus mengheret SPR dalam kacah kecurigaan.

Pembangkang berusaha menabur isu2 palsu kerana mereka tahu PRU-13 semakin hampir untuk mendapat simpati melalui kemarahan rakyat.

Dalam perkembangan lain, juak2 pembangkang juga akan mengadakan himpunan Bersih3.0 pada 28 April ini semata2 untuk menadapatkan memontum menjelang PRU melalui kebangkitan kemarahan rakyat.

Secara terancang strategi Pembangkang adalah melimparkan berbagai perkara fitnah sebanyak mungkin, agar supaya pihak kerajaan dan agensi2nya tidak mampu berkerja kerana sibuk menjawab dakwaan2 palsu.

Pembangkang akan mengeluarkan sebanyak mungkin fitnah sehinggalah parlimen dibubarkan.

1 comment:

Pendekar Melayu Ulung said...

Salam perjuangan.

Mohon blog saya dipautkan di blog ini.

www.bersih3suku.blogspot.com

Terima kasih.

Blog Archive