Saturday, April 07, 2012

Pengalaman baru DS Najib-Minggu depan pangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Sabtu bahawa beliau akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bermula Isnin depan.

Ia berikutan pengumuman Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai Senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes NFCorp yang melibatkan keluarganya.

Najib berkata, semua program yang dilaksanakan oleh Shahrizat di bawah kementeriannya akan diteruskan.

"Saya ingin merasai pengalaman mengurus kementerian itu.

"Shahrizat pula perlu fokus untuk membantu Barisan Nasional menang besar pada pilihan raya akan datang," katanya selepas merasmikan program Kar1sma 1Azam di Dataran Tok Gajah di sini, Sabtu.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sharizat di atas sumbangannya selama ini.

No comments:

Blog Archive