Tuesday, April 17, 2012

Pemimpin Pembangkang hina Raja-Raja: Petanda penubuhan negara REPUBLIK

Tanda-tanda telah jelas, melalui penghinaan para pemimpin Pembangkang terhadap Raja-Raja Melayu, maka apabila mereka menubuhkan kerajaan Persekutuan, maka sistem beraja di negara ini akan dimansuhkan, untuk digantikan dengan REPUBLIK.

Mereka tidak dapat berselindung lagi. kelakuan mereka telah begitu jelas.

Sebelum pendedahan DR Ramlan Kadir, Pegawai Perubatan yang bertugas semasa pertabalan SPB Agong ke-14, Bekas Persurujaya Pas Selangor-Dr Hassan Ali, pernah mendedahkan bahawa Pakatan Rakyat mempunyai rancangan memansuhkan sistem beraja di negara ini, apabila parti2 mereka berjaya merampas Putrajaya.

Apabila sistem Beraja dimansuhkan, masyarakat Melayulah yang rugi, manakala kaum cina dan india, tidak rugi satu apapun.

Adalah tugas semua kaum melayu agar mempertahankan sistem beraja dalam negara ini, kerana hanya itu sahaja yang berbaki dalam gengaman kaum melayu.

Tanah darat, laut, bukit, sungai, hutan di negara ini bukan lagi milik kaum melayu, kerana kaum melayu terpaksa berkongsi dengan kaum2 lain.

Singapura adalah milik Melayu, kini Singapura bukan lagi. Pulau pinang milik melayu, kini bukan lagi.

Semua ibu negeri kecuali Kota Bahru dan Johor Bahru, diwakili Melayu, yang lainnya bukan daripada kaum melayu lagi.

Sadarlah kaum melayu, jangan pergadaikan maruah kaummu kepada petualang2 bangsa demi mencapai cita2 peribadi.

No comments:

Blog Archive