Thursday, April 19, 2012

PemBantah PTPTN: Plot Samseng-akhirnya berjaya

Lima hari berkemah, tiada gangguan, masuk hari ke-6, "samseng" datang menyerang? jangan terpedaya, ini adalah muslihat dan sandiwara.

Selepas "samseng" menyerang, Anwar datang berkunjung, apa makna ini?

Plot asal, mereka yang berkemah, agar supaya pihak berkuasa menganggu. namun hasrat mereka itu tidak kesampaian.

Kini, umpan mereka melalui PLOT SAMSENG berjaya. Yang disalahkan pihak Polis. Malangnya, Umno konon ada dibelakang serangan itu.

Hati-hati terhadap kelibat Pembangkang, mereka dibekalkan dengan rancangan dan muslihat yang cukup, untuk menukar keadaan agar senantiasa berpihak kepada mereka.

Jumlah yang berkemah bukan banyak manapun. Mereka bukanlah mengancam keselamatan. Kehadiran mereka hanya merosak pemandangan Dataran Merdeka.

Tak kan lah kerajaan sebodoh itu. Tak kan Umno sebodoh itu,untuk menyerang ala Samseng.

Plot Samseng adalah lakonan. Dalam lakonan itu, mesti ada yang sanggup tercedera, agar nampak lakonan itu REAL.

Polis buang masa untuk siasat, kerana serangan Samseng pada 2.45 pagi tadi, sebenarnya sebahagian daripada plot pembangkang.

No comments:

Blog Archive