Translate

Tuesday, 24 April 2012

Nallakaruppan tidak sabar menunggu dedah Hubungan Anwar-Shamsidar

Senator Datuk S Nallakaruppan- mantan teman Anwar, mengaku tidak sabar-sabar menunggu perbicaraan di mahkamah berhubung saman RM100juta Anwar terhadapnya.

Semalam, bekas kawan bermain tenis Anwar itu telah menyerahkan satu pita video kepada peguamnya untuk tujuan pembelaannya dalam saman RM100 juta oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Pita itu diserahkan kepada peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah di lobi kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

No comments:

Labels

Blog Archive