Wednesday, April 18, 2012

Mahasiswa Bantah PTPTN: Mahasiswa dungu dan Bodoh

KALAULAH mahasiswa yang membantah PTPTN itu mempunyai perjuangan yang benar-benar mahu memansuhkan PTPTN, kalaulah mahasiswa yang berdemonstrasi itu benar-benar mahasiswa yang bijak dan pintar, kalaulah mahasiswa yang berarak dan berkemah di dataran merdeka itu mahasiswa tulin, kalaulah mahasiswa-mahasiswa itu adalah mahasiswa yang pemberani dan menuntut sesuatu yang hak, maka MEREKA sepatutnya TIDAK melakukan perkara-perkara yang tidak bertamdun.

Oleh kerana mahasiswa itu adalah agen-agen dan pencacai pembangkang, maka kenampakan bahawa perbuatan mereka itu, sesungguhnya bukan memperjuangkan apa yang dituntut mereka, akan tetapi tindakan mereka hanya mahu mengwujudkan suasana tidak tenteram dalam negara sepertimana perancangan pembangkang.

Di mana-mana perjuangan yang ikhlas mesti mempunyai disiplin yang tinggi, namun apabila perjuangan itu, hanya perjuangan PALSU demi orang lain atau kelompok tertentu, maka tindakan melalui perjuangan itu bercelaru.

Nampak melalui tindakan mahasiswa yang berarak pada Sabtu, mereka sebenarnya tiada niat untuk membantah pemansuhan PTPTN, akan tetapi kerana skrip yang disediakan oleh pembangkang adalah demikian, maka, mereka sebagai pelaksana kepada perancangan itu, tidak tahu apa yang mereka lakukan.

Setiap tindakan kita, selain usaha yang dilakukan, juga mengharapkan keredhan Allah, namun apabila tindakan mahasiswa pada Sabtu, mencampurkan adukkan penghinaan terhadap orang lain termasuk pemimpin, membawa slogan pembangkang, kemudian bertakbir; menampakkan, bahawa mereka bukanlah mahasiswa yang bertindak daripada hati nurani mereka, sebaliknya mereka bertindak atas arahan.

Melihat cara mereka bertindak; mahasiswa-mahasiswa yang terlibat adalah kumpulan yang dungu lagi bodoh.

Melihat kepada tindakan mereka itu, yang bersimpati adalah mereka yang menyediakan skrip itu, sebaliknya khayalak tidak mungkin bersimpati.

Mahasiswa yang berarak pada Sabtu membantah PTPTN kononnya berjumlah 500 orang, kurang daripada 0.05 peratus penerima PTPTN. Melalui peratusan itu, sebenarnya secara statistik, bilangan itu tidak signifikan atau tidak perlu dihiraukan.

Mereka bukannya mewakili mahasiswa, mereka hanya kelompok kecil pencacai pembangkang, yang meletakkan akal dan fikiran dilutut mereka.

Mereka akan dihargai, jika sebelumnya tuntutan mereka TULIN, tanpa membawa iklan pembangkang.

Mana-mana iklan yang disiarkan atau dibawa bersama, sudah pasti si pemasang iklan atau sipengiklan telah membayar kos pengiklanan itu.

Melihat kepada tindakan mahasiswa pada Sabtu, jelas mahasiswa itu adalah agen Pembangkang. Di sinilah kebodohan dan kedunguan mereka; atas sebab itu, perjuangan mereka itu, sebenarnya bukan TULIN akan tetapi berasaskan skrip yang disediakan pembangkang.

1 comment:

Unknown said...

Belajar tinggi2 tp akal pendek...

NURUL IZZAH: ANTARA NOBAT & LAGU P.RAMLEE... Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Blog Archive