Sunday, April 29, 2012

Keganasan Himpunan Bersih3.0 disebabkan oleh Anwar dan Azmin

Anggota Polis yang terbabas dan terus dibelasah hingga pengsan.
Keganasan Himpunan Bersih3.0 disebabkan oleh Anwar dan Azmin. Ucapan mereka berdua yang menghasut peserta Himpunan perlu menawan Dataran Merdeka dengan cara apapun, mengakibatkan sebahagian peserta Himpunan itu menjadi ganas.

Kejadian di jalan berdekatan kompleks beli-belah Sogo, misalnya, sebuah kenderaan polis mengalami kemalangan kerana cermin depannya retak kerana dibaling peserta himpunan, sebagai akibatnya, kereta polis itu hampir melanggar tembok dan dua peserta tersegel oleh kereta polis tersebut.

Selain itu, seorang polis trafik terbabas kerana dibaling oleh peserta himpunan, malang baginya, sudahpun terbabas, polis itu dibelasah beramai-ramai oleh peserta himpunan, sehingga anggota polis itu dimasukkan ke ICU-HKL.

Pengerusi bersama himpunan bersih3.0, pada kira 3.20 petang, bertempat di Masjid Jamek, Kuala Lumpur, telah meminta peserta Himpunan untuk bersurai, kerana menurutnya, mesej yang ingin disampaikan Bersih sudahpun mencapai matalamatnya, apabila hampir 100,000 perserta turut berhimpun, bagi menyampaikan mesej BERSIH.

Malangnya, permintaan Ambiga itu tidak berkesan, kerana bertentangan dengan arahan Anwar dan Azmin, yang meminta peserta merampas Dataran Merdeka, dengan cara apapun. Bersandarkan kepada arahan dua pemimpin PKR itu, maka para peserta Himpunan mengepung Dataran Merdeka di berbagai penjuru.

Dataran Merdeka dilarang digunakan untuk sebarang kegiatan termasuk himpunan bersih, sesuai dengan perintah mahkamah yang diperoleh polis; dan Dataran itu ditutup daripada semalam hingga 1 Mei,2012.

Himpunan Bersih3.0 telah disarankan agar menggunakan Stadium, jika benar tujuan mereka, berhimpun secara aman. Namun cadangan kerajaan mahupun DBKL tidak diterima pakai.

Malang, niat Bersih sepertimana kenyataan Ambiga, bahawa himpunan itu bukan dikudai pembangkang, ternyata palsu, kerana selama himpunan itu, lambang2 parti pembangkang turut dikibarkan. Malah, laungan Reformasi-tag line pakatan rakyat terus berkumandang, selain laungan maki hamun terhadap BN dan Umno.

Gambar-gambar pemimpin kerajaan BN diarak dengan penghinaan. Adalah jelas, Bersih bukannya berjuang menuntut Pilihanraya yang adil dan telus, sebaliknya bersih mahu mengwujudkan situasi hura-hara, sepertimana dihajatkan oleh Anwar. Anwar mahu agar himpunan itu menjadi semakin ganas, serupa dengan Himpunan Rakyat Mesir, di Dataran Tahrir.

Sebaliknya, rakyat Malaysia, tidak terpengaruh dengan matalamat Anwar itu, sehinggakan Himpunan bersih3.0 sebenarnya gagal, kerana matalamat himpunan itu adalah mengumpul 500,000.

Walaupun berbagai kaedah digunapakai pembangkang termasuk membayar peserta dan menanggung makan-minum termasuk penginapan, ternyata mereka gagal mencapai sasaran jumlah yang mereka inginkan.

Kini, melalui Bersih3.0, rakyat perlu celik fikiran, bahawa sebenarnya tujuan Bersih3.0, bukannya menuntut Pilihanraya yang adil dan bersih, kerana pilihanraya di Malaysia, sudahpun adil dan bersih, sebaliknya mahu merampas kuasa secara kekerasan.

Hanya Pembangkang yang mengatakan SPR tidak adil dan bersih, kerana mereka tahu, selepas menipu rakyat pada PRU-12, maka pada PRU-13, rakyat tidak mahu tertipu untuk keduakalinya. Mereka tidak lagi mempunyai keyakinan mempertahankan jumlah kerusi yang mereka dapat, atas sebab itu mereka mencari kambing hitam untuk mencetuskan huru-hara, maka SPRlah jadi sasaran.

No comments:

Blog Archive