Saturday, April 14, 2012

Harapan Tinggi BN pada gandingan Musa-Salleh

Pilihanraya Umum ke-13 diambang pintu. Selepas empat tahun berganding, nampaknya keserasihan dua pemimpin itu cukup ketara.

Rakyat Sabah sangat berharap kepada gandingan Musa-Salleh, untuk membawa kejayaan BN Sabah memenangi pilihanraya ke-13 sepertimana kejayaan pada PRU yang sudah-sudah.

Tugas Musa-Salleh bukan sahaja mempertahankan kerajaan negeri, akan tetapi juga menyumbang sebanyak mungkin kerusi parlimen kepada BN, bagi menjamin Putrajaya tetap dalam genggaman Barisan Nasional.

Di Peringkat Negeri, nampaknya belum ada gugatan daripada parti Pembangkang, walaupun parti2 pembangkang cukup aktif di negeri di bawah bayu itu.

Pada PRU-12, Sabah hampir menyapu bersih kerusi yang dipertandingkan. Kekalahan hanya berlaku di Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjong kepada calon2 DAP.

Pada PRU-13, disebabkan tantangan daripada Pembangkang yang cukup kuat dan isu2 nasional yang mencekam yang diperkirakan mempengaruhi pola undian kaum cina, maka diperkirakan pada PRU-13, BN Sabah akan kehilangan kerusi2 kawasan majoriti kaum cina.

Kawasan2 parlimen yang dihuni majoriti kaum cina seperti, Kota Kinabalu dan Sandakan, mungkin terlepas kepada DAP, manakala Tawau, masih boleh dimenangi oleh BN, memandangkan jumlah bilangan pengundi kaum cina dan bumiputera masih seimbang.

Bagi kawasan ADUN, nampaknya kawasan2 bandar seperti Api-api, luyang, Tanjong Aru dan Kapayan, persaingan sengit akan berlaku sekiranya berlaku satu lawan satu, akan tetapi jika berlaku pertandingan beberapa penjuru, nampaknya kawasan2 tersebut akan dimenangi oleh BN.

Pengundi kamu cina bukannya tidak yakin kepada Musa-Salleh, akan tetapi mereka membuat pendirian politik yang condong kepada DAP. Mereka mahu sebagai pembangkang, kerana sepak terajang kehidupan mereka, dari semua bidang bukan tergantung kepada orang-orang politik mahupun kepartian.

Mereka melihat, selagi kekuatan kerajaan semakin kurang, maka ianya menjadi peluang kepada mereka mendapatkan perimintaan2 bagi kaum mereka. Sebagai contoh, jika dahulu, biasiswa JPA sebahagian besarnya adalah untuk bumiputera, kini tajaan otomatik kerajaan kepada pelajar cemerlang lebih berpihak kepada kaum cina.

Demikian juga bantuan2 kepada sekolah2 yang dikelola oleh mereka, sejak tahun 2008, saluran kewangan daripada kerajaan cukup mengairahkan mereka. Atas sebab itu, bagi pandangan mereka, semakin lemahnya kerajaan, maka keadaan itu menguntungkan mereka.

Lagipun, kawasan2 yang bermojriti kaum cina, tidak kurang apapun, semuanya serba lengkap dari semua segi. Berlainan dengan kawasan bumiputera yang diletak di kawasan luarbandar, yang masih kekurangan daripada banyak segi. Untuk itu, kaum bumiputera sangat tergantung kepada kerajaan yang kuat untuk menyalurkan pembangunan yang berterusan.

Pada PRU-13, nampaknya Sabah akan mampu menyumbang kepada BN pusat sekurangnya 23 parlimen, sementara di DUN Sabah, BN akan terus menguasainya, bukan sahaja kuasa 2/3 malahan 3/4.

Setakat ini, tiada gugutan yang boleh merobohkan gandingan Musa-Salleh, kerana kedua-dua pemimpin itu merupakan harapan negeri ini, untuk meneruskan kesinambungan pembangunan Sabah.

Selain itu, gandingan Musa-Salleh merobohkan ketegangan antara hubungan bumiputera Islam, kerana Salleh yang mengetuai kaum bumiputera Islam melalui Rumpun USBO, telah berjaya membangun sokongan kepada BN Sabah.

Tentang siapa kah yang menerajui Sabah selepas PRU-13, seperti mana kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Safie Apdal, semuanya tergantung kepada kebijaksanaan dan perbincangan antara pemimpin pusat dan negeri.

Kalaupun ada perubahan, AYT perkirakan, Musa akan tetap menjadi Ketua Menteri dan Salleh akan menjadi Timbalan Ketua Menteri. Dan, sebelum PRU-14, Salleh diberi peranaan, untuk mengetuai PRU-14.

Walau apapun yang berlaku, perubahan kepimpinan negeri tentunya akan tergantung kepada perbincangan dan kesepaatan Musa-Salleh dan dipersetujui oleh pucuk pimpinan pusat.

No comments:

Blog Archive