Tuesday, April 17, 2012

Hanya orang gila dan Bodoh mahu PTPTN dimansuhkan

Kalau bukan PTPTN, anak saya empat orang tidak akan boleh belajar di perguruan tinggi. Kalaulah tiada dermasiswa daripada Yayasan X, tidak mampu saya menyekolahkan semua anak2 saya.

Memang sekolah percuma. Buku teks percuma. Seragam perlu beli. buku tulis perlu beli. wang saku. tambang bas... dan berbagai keperluan anak2. Kalaulah tiada bantuan yayasan tertentu... 100% saya tidak mampu menghantar anak2 saya ke sekolah.

Demikian juga di peringkat universiti... bagaimana bayar sewa rumah, ongkos ke kampus, buku teks, kertas, ink printer, kertas folio, pen, makan minum.. kalaulah tiada PTPTN, macam mana nak cari wang untuk itu semua.

Mampukah kerajaan bagi biasiswa kepada ratusan ribu lulusan SPM atau puluhan ribu lulusan STPM... bagi tujuan sara hidup.

Adalah idea BODOH DAN GILA memansuhkan PTPTN.

Dengan adanya pinjaman kewangan maka orang boleh beli rumah, beli kereta, boleh belajar dan boleh macam-macam.

Bayangkan kalau tiada pinjaman. Harga rumah pada tahun 1998 bersamaan RM800K, kerana ada pinjaman, maka dapat beli rumah dengan angsuran RM5k sebulan. Untuk mengumpul 800k, maka perlu 15 tahun, malangnya selepas 15 tahun, rumah yang berharga RM800k pada tahun 1998, kini berharga RM2juta. Sampai bila pula saya boleh kumpul 2juta. By the time berjaya kumpul 2juta, harga rumah yang sama, menjadi 5juta... jika tiada kemudahan pinjaman... maka sampai matipun saya tidak dapat rumah yang saya idamkan pada tahun 1998.

Demikian juga PTPTN, kalau bukan kerana PTPTN, bagaimana keluarga yang kurang mampu dapat menyekolahkan anak2 mereka.

Atas sebab itu, pada tahun 70-an dan 80-an, tidak ramai yang berkelulisan universiti, kerana terbentur dengan biaya hidup semasa di universiti.

Berasaskan kepada keadaan itulah, untuk memperbanyak modal insan, maka kerajaan melalui jabatan Pelajaran pada tahun 1997, memperkenalkan PTPTN.

Selepas 15 tahun, barulah puak2 yang tidak sedar diri mahu menghapuskannya. Ertinya, mereka tidak mahu lagi, generasi penerus menjadi modal insan. Mereka mahu generasi muda jadi bodoh... dan hanya cukup berkelulusan sekolah menengah.

No comments:

Blog Archive