Monday, April 30, 2012

Bersit3.0: Pengalaman polis gagalkan hasrat Anwar

Pengalaman Polis Malaysia mencegah rusuhan, menggagalkan hasrat Anwar merampas kuasa. Kalaulah pihak polis tidak bertindak tepat masanya, pasti Dataran Merdeka berjaya dirampas, dan pasti perusuh akan bermati-matian bertahan di situ, sehingga pertembungan yang dahsyat antara pihak polis dan perusuh berlaku.

Anwar mahu agar ada kematian beramai-ramai sepertimana berlaku di Dataran Tahrir, Mesir tahun lepas.

Akibat pendudukkan Dataran Tahrir, kerajaan Hosni Mubarak jatuh.

Perhimpunan pada sabtu, bukan merupakan himpunan aman, sebaliknya adalah demonstrasi jalanan yang mempunyai niat jahat.

Anwar mahu agar rusuhan berlaku, agar supaya beliau boleh mengambil kerajaan sebagai rejim baru.

No comments:

Blog Archive