Latest News

Bersih3.0 Sabtu lalu memang berhasrat tumbangkan kerajaan: Tun M

Bantahan BERSIH 3.0 Sabtu lalu - perhimpunan awam terbesar sejak gerakan Reformasi tahun 1999 - berhasrat untuk menumbangkan kerajaan, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pembangkang tahu bahawa melalui proses pilihan raya, rakyat tidak akan memberikan mereka kuasa untuk membentuk kerajaan.

Satu-satu caranya, kata beliau, ialah melalui kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan dan menaikkan diri mereka sebagai rejim baru.

Dr Mahathir berkata demikian di majlis pelancaran versi Melayu buku memoir Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' di Putrajaya petang ini.

Sementara itu' Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pertempuran di antara polis dan peserta boleh berlaku sekiranya pasukan itu tidak melakukan tindakan penyuraian ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, polis hanya mengambil tindakan itu apabila kumpulan peserta berkenaan mula bertindak agresif.

"Sekiranya tindakan penyuraian tidak diambil seperti demikian, pertempuran boleh berlaku dan keadaan akan menjadi lebih berbahaya kepada kedua-dua pihak.

"Hanya apabila perusuh bertindak agresif dengan mengubah dan merempuh halangan yang mereka hendak menawan Dataran Merdeka, barulah pasukan polis terpaksa mengambil tindakan untuk menyuraikan kumpulan dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata."

Katanya lagi, polis sejak awal lagi bertindak secara tidak berkonfrontasi dalam menangani perhimpunan tersebut.

Tindakan itu juga "berpandukan kepada bidangkuasa undang-undang arahan ini adalah jelas dan telah dikeluarkan kepada petugas polis untuk memerhati dan memberi laluan perhimpunan tersebut sejak awal lagi," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ismail juga berkata perhimpunan itu bukan satu perhimpunan aman.

"Perhimpunan itu adalah demonstrasi jalanan yang bertukar menjadi satu rusuhan. Harta benda dirosakkan oleh perusuh dan mereka juga mencederakan pegawai polis yang bertugas," katanya.

Beliau turut menyalahkan penganjur yang "tidak mengotakan janji dan tidak mengawal penyokong sehingga mereka bertindak ganas di luar batas undang-undang."

Tambahnya, beliau kesal kerana penganjur tersebut tidak menerima tawaran Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium.

0 Response to "Bersih3.0 Sabtu lalu memang berhasrat tumbangkan kerajaan: Tun M"

Blog Archive