Latest News

BERSIH3.0 bukan pengukur sokongan kepada Pembangkang

Hanya mereka yang memang pembangkang menyokong Tindakan Bersih. Apapun yang dilakukan oleh kerajaan, mereka-mereka yang terlibat dengan Bersih tidak akan akur, kerana mereka-mereka ini adalah pembangkang.

Mereka tidak akan mampu melihat apa sahaja kebaikan yang dilakukan Kerajaan terhadap negara dan rakyat, sebaliknya, mereka mencuba mengali sebanyak mungkin fitnah dan isu yang boleh menjadi senjata mereka memesongkan fikiran rakyat.

Sebagai contoh, mahasiswa yang berkemah di dataran merdeka, mereka adalah terdiri daripada ahli dan penyokong pembangkang. Mereka bukan mewakili peminjam PTPTN, kerana jumlah mereka tidak sampaipun 0.05 peratus.

Pembangkang melalui tindakan2 seperti perhimpunan, mencuba membuat gimik seolah-olah mereka mendapat sokongan majoriti rakyat. Tindakan mereka itu, boleh jadi mendapat simpati dalam jangka pendek, namun secara jangka panjang, rakyat menjadi muak.

Bersih1.0 dan Bersih2.0 setidak-tidaknya mendapat simpati, namun melalui Bersih3.0, rakyat nampak, perjuangan mereka itu tidak ikhlas, akan tetapi merupakan strategi mereka menumbangkan kerajaan melalui kaedah Huruhara.

Yakinlah, tindakan Pembangkang yang merampas bersih, sehinggakan pengasas bersih Ambiga, tiada pilihan lain, mesti bersengkokol dengan pembangkang.

0 Response to "BERSIH3.0 bukan pengukur sokongan kepada Pembangkang"

Blog Archive