Latest News

Bapa Altantuya dakwa pernah lihat gambar anaknya bersama Najib dan Razak Baginda

INI KAH GAMBAR ITU?
Untuk pertama kalinya sejak perbicaraan kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2007, bapa wanita tersebut, Setev Shaariibuu mendakwa pernah melihat gambar Altantuya diambil bersama Datuk Seri Najib Razak.

Dalam sidang media bersama NGO hak asasi manusia Suaram semalam, Setev mendakwa, Altantuya ada menunjukkan gambar yang diambil bersama dua lelaki.

Setev mendakwa, dua lelaki berkenaan kemudian disedarinya sebagai Najib dan Abdul Razak Baginda.

Melalui penterjemah, Setev mendakwa, Altantuya memberitahunya sebelum bertolak ke Malaysia pada Oktober 2006 bahawa anaknya itu akan bertemu Razak untuk mendapatkan bayaran yang dijanjikan bagi kerja penterjemahan untuk “beberapa syarikat.”

Razak didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya, tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

0 Response to "Bapa Altantuya dakwa pernah lihat gambar anaknya bersama Najib dan Razak Baginda"

Blog Archive