Friday, March 09, 2012

Shangri-la Hotel bocorkan kos pertunangan anak Najib

PKR mendapat satu salinan bil daripada Shangri-La Hotel yang mereka dakwa sebagai perbelanjaan Majlis pertunagan anak Perdana Menteri tahun lalu yang berlangsung di Seri Perdana.

Bukti dokumen yang diperolehi daripada Shangri-La Hotel yang berjumlah RM409,767 (keratan)bagi maksud pembayaran majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri yang dibayar oleh Jabatan Perdana Menteri.

Pihak pembangkang mendakwa, jika benar bahawa pembayaran Majlis tersebut dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri, ertinya wang rakyat digunakan bagi maksud urusan peribadi.

Pembangkang juga mempertikai menu yang disediakan, yang merupakan menu diraja, sedangkan PM sendiri mempromosikan hidangan 1Malaysia.

Berdasarkan dokumen bil pembayaran tersebut, telah memperincikan kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang untuk RM522 seorang berjumlah RM18,792, kos jamuan tetamu seramai 862 orang untuk RM359.60 seorang yang berjumlah RM309,975, serta kos pengendalian berharga RM81,000, serta jumlah keseluruhan RM409,767.

Moral daripada pendedahan ini--- Di Malaysia, tiada lagi urusan peribadi yang boleh menjadi rahsia. Pihak lawan senantiasa mencari fakta untuk mempengaruhi rakyat membenci pemimpin negara.

AYT berharap, pihak Perdana Menteri menjawab isu ini, sebelum diputar belit oleh pihak pembangkang.

No comments:

Blog Archive