Thursday, March 15, 2012

Khalid Ibrahim tidak mampu urus Pasir Selangor

Khalid tubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) tahun 2008 agar supaya secara langsung hasil daripada galian pasir dapat dikawal sepenuhnya oleh beliau; atas sebab sebelum ini penggalian pasir dikuasai satu lagi syarikat milik kerajaan Selangor Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) yang tersenerai di bursa Kuala Lumpur pendapatan oleh syarikat itu bukan atas kawalannya, akan tetapi oleh kerajaan negeri.

KHSB adalah harta milik Kumpulan Darul Ehsan Bhd, syarikat pelaburan milik Kerajaan Selangor.

Sejak penggalian pasir diambil alih oleh KSSB, telah berlaku kecurian pasir yang berleluasa, kerana syarikat itu mengenakan harga jauh lebih mahal berbanding harga sebelumnya.

Pencuri pasir, entah siapa dalangnya, menjual pasir antara RM14-15/tan berbanding harga yang ditetapkan KSSB RM17.50-20/tan.

Akibat kenaikan harga ini, sebenarnya lebih banyak hasil pasir tidak masuk ke akaun KSSB, sebaliknya masuk ke kocek orang2 tertentu, di mana kerajaan negeri sahaja yang mengetahuinya.

Sejak Pakatan mengambil alih kerajaan Selangor, aktivti mencuri pasir semakin berleluasa. Pencuri pasir terus melombong secara haram di Rawang, Hulu Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang, Ampang, Cheras, Banting dan Kuang.

Kecurian pasir di Selangor dijangka terus berleluasa kerana pembekal tunggal yang dilesenkan sukar untuk memenuhi permintaan industri pembinaan yang telah membeli daripada sumber-sumber yang boleh dipersoalkan tetapi dengan harga yang lebih murah.

Nampaknya isu pasir akan terus menghantui pentadbiran Khalid. Pasir menyebabkan ada kalangan pemimpin yang tiba2 kaya. Apa kah mereka disebalik pencurian pasir? Khalid perlu berkerja keras merungkainya.

No comments:

Blog Archive