Sunday, March 04, 2012

Hanya melalui muka-muka baru BN akan mampu rampas Selangor, Kedah dan Kelantan: Daim

BN/Umno perlu berani mengemukakan pemimpin2 baru dalam PRU-13 akan datang bagi memberi peluang kepada gabungan 13 parti itu merampas Selangor, Kedah dan Kelantan.

Menurut mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, hanya melalui pemimpin/muka baru sahaja, BN akan berpeluang memerintah negeri2 yang dimenangi Pakatan pada PRU-12 lalu.

Tun Daim pernah berkata sebelum PRU-12, bahawa Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang akan dikuasai oleh Pakatan pembangkang.

Mantan menteri kewangan itu juga berkata, bahawa akibat pemecatan Dr Hassan Ali daripada Pas dan exco kerajaan Selangor, jelas menggambarkan, bahawa parti DAP menguasai rakan2nya PAS dan PKR.

Adalah masanya Bn boleh menguasai Kedah, ekoran krisis kepimpinan Pas Kedah. Rakyat telah nampak, bahawa para pemimpin Paspun tidak sebulu semasa sendiri. Perkara ini merupakan kelemahan yang sangat ketara kepada parti yang sudah mengugurkan perjuangan meneggakkan negara islam itu.

Di Kelantan menurut Tun Daim, kepimpinan Mustapha Mohammed mampu bersaing dengan Nik Aziz. Rakyat Kelantan menerima kepimpinan Mustapha, mengingatkan, wakil rakyat Jeli itu, tidak mempunyai masalah dengan rakyat Kelantan.

Dalam perkembangan yang sama, mantan menteri kewangan itu, masih tidak yakin bahawa BN mampu merampas Pulau Pinang, walaupun sokongan rakyat pulau muitara itu beralih kepada BN. Namun, dalam politik semua berlaku. Jika Bn mampu menampilkan calon2 yang winnable candidate di Pulau Pinang, tidak mustahil kerajaan anak Lim Kiat Siang tersebut akan kecundang.

No comments:

Blog Archive