Friday, March 23, 2012

Desak Shahrizat berundur: Benarkah Kamalia Ibrahim bercakap atas desakan akar umbi?

Kamalia Ibrahim, mengaku bahawa desakannya sebelum ini agar supaya Shahrizat berundur demi kredibilti parti dan BN adalah suara akar umbi. Namun, hasil pertemuan antara Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Naib Ketua Pergerakan itu, akhirnya Kamalia akur, bahawa Shahrizat tidak perlu berundur daripada jawatannya, kerana Ketua wanita itu telah membayar tanggungjawab moralnya akibat skandal NFC yang membabitkan keluarganya , dengan berundur daripada kabinet.

Hari ini sempena perjumpaan wanita dengan Presiden Umno di PWTC, Kamalia berjanji akan terus berkerjasama dengan Shahrizat agar supaya wanita tetap kukuh semasa berhadapan dengan PRU-13.

Yang menjadi musykil kepada AYT, benarkah kenyataan Kamalia itu sebelum ini, berasaskan pandangan akar umbi? Jika benarlah kenyataan beliau berasaskan kepada pandangan akar umbi, maka adalah bahaya mengenepikan pandangan itu.

Adalah menjadi virus kepada kepimpinan wanita, jika pandangan akar umbi diketepikan.

Jumlah akar umbi beratus kali ganda berbanding jumlah pemimpin, selain itu akar umbi merupakan penentu kepada kemenangan parti. Apa kah perasaan mereka, apabila pandangan mereka diketepikan begitu sahaja? atau kah para pemimpin terpaksa membuat penjelasan kepada mereka.

Perjumpaan wanita hari ini, adalah sesi penjelasan dan taklimat, mudah2an pandangan mereka sebelum ini berhubung NFC telahpun jelas dan nyata, dan seterusnya apabila pulang ke bahagian atau cawangan masing2, maka isu NFC akan dijelaskan kepada akar umbi.

Seperti mana dakwaan Kamalia baru2 ini, sukar bagi wanita bergerak, kerana mereka dipanggil "cow". Apa kah melalui taklimat hari ini, panggilan "cow" kepada mereka, akan masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan?

Kita berterima kasih kepada Kamalia kerana berani menyuarakan pandangan akar umbi secara terbuka.

Bagi AYT pandangan itu perlu diketahui oleh pucuk pimpinan, agar supaya ramuan jawapannya dapat ditemui. Jangan biarkan pandangan akar umbi menjadi api dalam sekam, kerana ianya boleh menjadi faktor sokong membawa rebah.

Kepada sesiapa yang membidas Kamalia, perlu berfikir sejenak. Beliau tidak akan mengeluarkan sesuatu yang bukan benar. Janganlah ada yang menuduh kamlia, kawan yang tikam belakang. Kamalia tidak akan bersuara, kalau tiadanya skandal yang berlaku.

Skandal NFC bukan sahaja dibicarakan oleh pembangkang, malah rata2 orang kampungpun membicarakannya.

Untuk itu, taklimat wanita hari ini oleh pucuk pimpinan parti, kena pada masanya agar supaya, isu NFC tidak terus dikaitkan dengan Shahrizat.

Shahrizat adalah wanita malang dalam kes ini, kerana bersuamikan sesorang yang dituduh pecah amanah yang membabitkan wang pinjaman kerajaan kepada NFC-syarikat yang diurus oleh keluarga beliau.

Ketua wanita itu tidak terlibat dengan NFC, namun secara moral beliau dikaitkan. Untuk itu, beliau melepaskan jjawatan kabinet. sekiranya suaminya dibebaskan kerana didapati tidak bersalah, maka beliau boleh kembali ke kabinet semula.

No comments:

Blog Archive