Friday, March 16, 2012

Bulan Jun, 2012 PRU-13?

SEJAK akhir-akhirnya ini penumpuan lawatan Perdana Menteri adalah di kawasan2 yang dikuasai pembangkang.

Bermula esok Najib akan melawat kawasan2 yang dikuasai Pembangkang di Perak dan pada Ahad di Selangor pula.

Di Perak, Najib akan melawat Beruas, Menglembu, Ipoh Barat dan di Selangor pula perdana menteri akan melawat Petaling Jaya dan Shah Alam serta Puchong.

Semakin rancaknya lawatan Najib ke kawasan pembangkang, nampaknya PRU-13 semakin hampir, malah ada yang meramalkan PRU-13 akan diadakan pada bulan Jun.

Malah media antarabangsa Bloomberg memetik pegawai kanan kerajaan yang tidak mahu dikenali identitinya, Najib akan membubarkan dewan rakyat pada bulan mei, mungkin sempena cuti persekolahan penggal kedua yang bermula 25 Mei sehingga 9 Jun, 2012.

Najib melalui lawatan2nya mahu melihat dengan sendiri reaksi rakyat terhadap kepimpinannya terutama di kawasan lawan, sebelum membuat keputusan meminta mandat daripada rakyat.

Selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April, 2009, Najib mewarisi kerajaan yang tidak mempunyai kuasa 2/3 di dewan rakyat.

Pada PRU-12, BN hanya mampu mendapat 140 kerusi parlimen daripada 222, kurang 8 kerusi untuk kuasa 2/3.

Pada PRU-13 akan datang adalah julung kali Najib mengetuai BN dalam pilihanraya. Cabaran kepada beliau, apakah mampu mengembalikan kuasa 2/3 kepada BN atau kah keputusan yang lebih buruk, merupakan persoalan yang berlegar2 dikalangan penyokong BN.

Kerajaan Najib kini berhadapan berbagai isu, antaranya skandal NFC, yang menurut ramalan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi keputusan PRU-13.

Manakala isu Lynas merupakan isu setempat, yang hanya tertumpu di negeri perdana menteri itu.

Isu Felda, akan hanya berpengaruh di kawasan2 Felda.

Walaupun kerajaan berhadapan dengan isu2 ini, namun rating perdana menteri semakin baik terutama apabila kerajaan berjaya mengotakan janjinya, antaranya pemberian BR1M, pemberian kepada pelajar2 sekolah dan baucer kepada mahasiswa.

Rating Anwar Ibrahim yang merundum akibat kenyataan sokongannya terhadap Israel, juga merupakan faktor yang boleh membantu BN dalam mendapat jumlah kerusi yang diingininya.

Rakyat juga menilai kemelut kepimpinan PAS, terutama di Kedah dan pemecatan Dr Hassan Ali, adalah faktor positif kepada BN.

Namun, faktor advantage kepada BN itu, terhapus, kerana isu NFC yang membabitkan Dato Shahrizat Jalil, seorang anggota kabinet Najib. Shahrizat, tidak mahu melepaskan jawatannya sebagai menteri; tetapi jawatan beliau luput dengan sendirinya pada 8 April, apabila tempoh sentorshipnya berakhir.

Shahrizat akan tetap memegang jawatan Ketua Wanita Umno Malaysia, walaupun ramai pemimpin akar umbi merasakan bahawa kini beliau merupakan liabilti kepada parti.

No comments:

Blog Archive