Latest News

Berbelanja mewah bagi orang kaya adalah biasa, namun apabila pemimpin berbelanja mewah, jadi rungutan?

PELIK, apabila orang kaya berbelanja mewah tiada yang peduli, namun apabila pemimpin berbelanja mewah, rakyat merungut!!!

Isu perbelanjaan pertunangan anak Najib yang menelan belanja RM409,767 dijadikan isu oleh pembangkang, malah ada juga rakyat yang mempersoal perbelanjaan tersebut.

Ada yang mengaitkan bahawa pemimpin asia barat dipaksa turun, kerana gaya hidup mewah oleh para pemimpinnya sementara rakyat masih kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Bagi AYT, jika berpeluang mempunyai wang sebesar RM409,767.00, maka keperluan hidup selama 10 tahun telah teratasi. Namun, bagi orang kaya, jumlah itu hanya sekadar cukup menjamu tidak sampai 1000 orang hanya beberapa jam.

Tidak salah berbelanja besar, kerana berkemampuan. Termasuk juga Najib, adalah tidak salah beliau berbelanja besar untuk majlis pertunangan anaknya. Akan tetapi sebagai pemimpin yang melaung-laungkan kehidupan sederhana sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, perbuatan perdana menteri itu tidak selari dengan seruannya.

Rakyat kini berhadapan dengan sara hidup yang semakin mahal, akibat kenaikan harga barangan yang sukar dikawal.

Bertindak balas kepada harga makanan yang semakin mahal, maka Najib memperkenalkan Hidangan 1Malaysia, memperkenalkan BR1M dan bantuan2 lain kepada rakyat. Namun, dilihat pihak Najib berbelanja mewah, seolah2 tidak simpati dengan keadaan yang dihadapi rakyat.

Tindakan Najib itu, seolah2 membiarkan rakyat memakan singkong, manakala beliau bergembira makanan mewah.

1 Response to "Berbelanja mewah bagi orang kaya adalah biasa, namun apabila pemimpin berbelanja mewah, jadi rungutan?"

Tazilan said...

Kasihan perdana menteri kita asyik jadi bahan fitnah dan kejian. Memang kita tak suka pemimpin yg berbelanja mewah tapi kena tengok keadaan juga. Bagaimana dia nak elak belanja besar, bakal besan dia pemimpin negara asing, kenalah buat ikut protokol, terpaksa jemput Agong , sultan dan semua menteri serta vip. Itu belum masuk kedutaan asing lagi...
Mana mungkin cukup belanja RM lima atau 10 ribu sahaja...
Rasanya PM lagi suka buat senyap2 tapi apakan daya. Kalau kita ditakdirkan bakal berbesan dengan menteri atau PM, mungkinkah kita juga terpaksa buat majlis besaran? Siaplah kena kutuk, ada saja yg tak kena...

Blog Archive