Saturday, February 04, 2012

Sembilan sebab mengapa Hassan Ali enggan buat rayuan pemecatannya

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan merayu pemecatannya daripada parti itu.

Empat hari sebelum tempoh membuat rayuan tamat, Hasan berkata keputusannya itu dibuat kerana beliau telah dipecat sewenang-wenangnya.

Beliau menyenaraikan sembilan sebab mengapa beliau membuat keputusannya tersebut:

1. Peranan 'parasit' dalam mempengaruhi pemecatannya.
2. Tidak menerima sebarang surat meminta beliau menjawab tuduhan terhadapnya.
3. Sebelum pemecatannya pada 27 Disember, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkata perkara itu telah diselesaikan.
4. PAS telah terpesong daripada perjuangan asalnya.
5. Pendirian akomodatif PAS terhadap rakan kongsi Pakatan Rakyat.
6. Dihalang untuk menegakkan hak orang Melayu dan Islam ketika berkhidmat dalam kerajaan negeri Selangor.
7. 'Parasit' dalam PAS lebih berminat untuk mendengar cakap DAP dan PKR daripada parti mereka sendiri dalam hal-hal pentadbiran negeri.
8. Hampir tiada ruang untuk Islam di Selangor kerana DAP, PKR dan beberapa 'parasit' PAS di negeri itu menyekat usaha beliau, atas dasar hak asasi manusia, kebebasan, hak membuat pilihan dan untuk menawan Putrajaya.
9. 'Parasit' PAS melihat secara negatif usaha beliau bagi pihak masyarakat Melayu dan Islam tetapi tidak pernah menemuinya. Sebaliknya, mereka memilih untuk menyerang beliau melalui media.

1 comment:

C L J said...

KOREK BONTOT MAKAN BELAKANG LAH TUUU ...
NAK BERKAWAN MACAM MANA DENGAN PERANGAI LAGU TUUU ..

Blog Archive