Wednesday, February 01, 2012

Selagi suami Shahrizat tidak didakwa di Mahkamah-PKR akan terus politikkan NFC

Gambar ikshan Malaysiakini.
TERKINI, PKR mendakwa bahawa suami Shahrizat, Datuk Mohd Salleh Ismail mengarahkan seorang "Datuk" penipu Datuk Shamsulbahrin Ismail (tiada kaitan kekeluargaan dengan Mohd Salleh) agar merasuah polis supaya siasatan terhadap NFC dihentikan.

Shamsulbaharin yang kini masih dalam tahanan polis, kerana kes-kes penipuan termasuk menipu Mohd Salleh sudahpun dihadapkan ke mahkamah kerana kes-kes penipuan.

Isu terbaru kononnya suami Shahrizat mengarahkan Shamsulbaharin merasuah polis, ekoran laporan susulan yang dibuatnya semasa di hospital minggu lalu.

Kenapa isu ini baru timbul? selepas dia ditahan dan dihadapkan di mahkamah? kenapa tidak timbul semasa dalam tahanan reman? AYT merasakan perkara ini adalah "pendapat kedua" dan mencuba mencari albi.

AYT merasakan PKR tidak mendapat apa-apa daripada mengetengah isu dakwaan Shamsulbaharin ini, kerana dalam keadaan tertekan, maka dakwaan palsu dia dedahkan.

Dalam kes pembunuhan Sosilawati, jelas laporan polis yang cuba dikemukakan oleh pihak pembelaan, selepas OKT dihadapkan di mahkamah telah ditolak oleh Hakim, kerana menurut Hakim, laporan tersebut hendaklah dibuat sebelum OKT dihadapkan ke mahkamah.

Demikian juga dalam kes Shamsulbaharin, dia telahpun dihadapkan ke mahkamah, akan tetapi semasa di tahan reman, tidak timbulpun, bahawa dia mengambil wang RM1.755 juta daripada Salleh untuk tujuan merasuah polis. Jelas dakwaannya itu merupakan "second thought'.

No comments:

Blog Archive