Latest News

Badrul Amin diarah bercuti selesaikan kes khalwatnya

Pejabat Menteri Besar Selangor mengarahkan ketua penerangan kerajaan negeri Dr Badrulamin Bahrom supaya bercuti selama sebulan sehingga dakwaan beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sebuah hotel di Kuantan, Sabtu lalu diselesaikan.

Bernama yang memetik Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz pada laporannya dua hari lalu berkata seorang pemimpin PKR ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok, Kuantan oleh pasukan penguatkuasa JAIP.

Ketua cabang PKR Sabak Bernam itu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila pada satu ceramahnya, beliau seolah-olah menyamakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Imam Mahdi.

1 Response to "Badrul Amin diarah bercuti selesaikan kes khalwatnya"

Mordecai Kucai said...

Cuti pergi umrah lah kalau berani. Tu baru pembersihan nama tahap Mega ha ha ha

Blog Archive