Tuesday, February 21, 2012

Anwar lebih layak berdebat dengan Saiful: Tengku Adnan

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak cadangan pembangkang supaya beliau mengatur perbahasan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan tiada keperluan untuk itu.

Beliau berkata pakatan pembangkang sengaja mewujudkan provokasi berdasarkan perbahasan yang diadakan sebelum ini bagi mempolitikkan usaha kerajaan dan kemudian membuat fitnah terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak nampak sebarang keperluan untuk debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar tetapi sekiranya Anwar mahu berdebat, saya boleh mengaturkan untuk beliau berbahas dengan bekas pembantunya sendiri iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan," katanya dalam satu temu bual yang disiarkan Umno-Online hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang memintanya mengatur perbahasan antara Perdana Menteri dengan Anwar.

"Apa yang mahu didebatkan antara Perdana Menteri dengan Anwar kerana pembangkang hanya akan menjadikan ia sebagai medan politik semata-mata dan bukannya membincangkan apa yang patut dibicarakan. Pakatan pembangkang sendiri tidak mempunyai tujuan atau sebab munasabah sehingga debat perlu diwujudkan," katanya.

Dalam temu bual itu, Tengku Adnan turut mengulas perbahasan antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Sabtu lepas, yang menurutnya dibuat bagi membincangkan permasalahan dalam masyarakat Cina di negara ini.

Tengku Adnan berkata perbahasan antara Dr Chua dan Lim itu juga telah membolehkan orang ramai menilai sandiwara pembangkang yang gemar mempolitikkan isu tertentu dan menyimpang daripada landasan perbincangan. BERNAMA

Sementara itu Ketua Penerangan Umno-Datuk Ahmad Maslan melalui posting di FB beliau memberi komen berhubung pertemuan antara Anwar dan Nik Aziz.

"Kita meminta Anwar dan Nik Aziz agar jangan lari ikut pintu belakang dalam isu sokong Israel. Nik Aziz tidak ada 'legitimacy' untuk terima penjelasan Anwar secara peribadi sebab semua orang tahu bahawa Nik Aziz adalah rakan kongsi politik Anwar Ibrahim."

"Sebelum ini pun terbukti Nik Aziz sentiasa memihak kepada Anwar dalam kes liwat dan video seks. Pendirian dan prinsip Nik Aziz tidak ada kredibiliti sebab beliau ulamak politik."

Ahmad Maslan juga menolak cadangan debat antara Anwar dan Najib, kerana menurutnya tiada faedah yang diperolehi dari debat itu, kerana Anwar bukanlah Presiden sebuah parti, kerana jawatan Anwar yang disandangnya sekarang adalah jawatan lantikan,dimana yang melantiknya adalah isterinya sendiri.

No comments:

Blog Archive