Tuesday, January 10, 2012

Sodomi II- Bukan konspirasi

Mana ada konspirasi yang gagal? Kalaulah sodomi II Anwar itu konspirasi, pasti Anwar akan didapati bersalah.

Hakekatnya, bahawa sodomi II bukanlah konspirasi, akan tetapi kejadian itu adalah antara Anwar dan mangsa.

Kesilapan mangsa adalah terlalu lambat membuat laporan, sehingga DNA Anwar yang dijumpai pada dubur mangsa diragui oleh Hakim.

Walaupun sebelum ini, Hakim yang sama berkata bahawa mangsa adalah saksi yang credible, namun Hakim yang sama juga berkata, bahawa keterangan daripada saksi utama sahaja, tidak cukup mensabitkan tertuduh.

Hakim memutuskan, bahawa beliau tidak dapat menyimpulkan 100% bahawa sampel DNA yang didapati pada dubur Mangsa, tidak terusik. Ertinya, Hakim itu, secara tidak langsung berkata, bahawa sampel DNA tersebut mungkin diletakan dengan sengaja oleh pihak-pihak tertentu.

Satu persoalan yang berlegar-legar dalam kes sodomi II, mangsa adalah saksi yang credible, ertinya memang mangsa telah diliwat. Dilain pihak, air mani yang didapati daripada dubur mangsa diragui kesahiannya oleh hakim sendiri.

Dengan memberi alasan, bahawa sampel DNA daripada dubur mangsa telah tercemar, ertinya temuan oleh Jabatan Kimia negara ini bahawa DNA Lelaki Y sangat konsisten dengan DNA tertuduh adalah palsu, dan Jabatan itu akan berhadapan bahawa sebarang analisis DNA oleh Jabatan itu diragui.

Keputusan Hakim Mohd Zabidin Md Diah semalam, mengakibatkan bahawa semua analisis DNA yang dilakukan oleh Jabatan itu selama ini, sebenarnya tidak boleh digunapakai di mahkamah. jika demikian halnya, bagaimana pula mereka yang disabitkan akibat analsis Jabatan itu?

Keputusan Hakim Mahakamah Tinggi yang berkaitan dengan sodomi II Anwar, telah menelanjangkan para doktor Pakar HKL, Jabatan Kimia dan pihak forensik PDRM.

Keputusan Hakim Mohd Zabidin mempunyai impak yang sangat besar, kepada Jabatan-jabatan tersebut, jika ianya menjadi rujukan di kemudian hari.

No comments:

Blog Archive