Monday, January 09, 2012

Sodomi Anwar: Hakim hanya perlu dua minit untuk buat keputusan

HAKIM Mohd Zabidin Md Diah membuat keputusan ringkas (tidak sampai dua minit pada 9:23 pagi,9-01-2012), mungkin disebabkan suasana yang tidak konduisif baik dalam mahkamah mahupun luar mahkamah.

Sejak awal pagi, penyokong Anwar berkumpul di perkarangan mahkamah dan memuncak sehingga 10,000 orang menjelang keputusan dibacakan.

Keputusan Hakim Zabidin hanya bersadarkan sampel DNA daripada dubur Saiful. Keputusan hakim Zabidin " Mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bahan bukti, tidak terusik. Mahkamah juga tidak boleh hanya tergantung kepada keterangan Saiful (SP1). Atas sebab itu, mahkamah membebaskan dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim ".Sebelum ini Hakim yang sama berkata "Saiful adalah saksi yang kredible".

Berasaskan kepada keputusan Hakim tersebut, Ketua pihak pembelaan, Karpal Singh meninta pula agar pihak pendakwa tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada pertuduhan kes liwat kerana menurut Karpal " tiada asas yang kukuh" untuk buat rayuan.

Menurut Karpal, tidak berguna bagi pihak pendakwaraya membuat rayuan kerana "Anwar akan jadi Perdana Menteri".

Menurut beliau, pada dasarnya kes berkenaan bukan merupakan tuduhan yang jelas apabila pendakwa gagal mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd SaifulBukhari Azlan tiga tahun lepas.

"Keputusan ini telah kita jangkakan, kerana pada peringkat awal lagi beliau tidak sepatutnya didakwa. Bukti Saiful telahpun ditolak oleh mahkamah.

"Saya harap Peguam Negara tidak memfailkan rayuan kerana ini bukan kes yang sempurna untuk dirayu.

"Keputusan itu sepatutnya dibiarkan begitu sahaja," katanya kepada para pemberita selepas selesainya kes perbicaraan Anwar pagi tadi.

No comments:

Blog Archive