Friday, January 06, 2012

Sejauh mana Lajim menyorok

Sejauh mana Lajim menyorok. Kata orang, tak kan ada asap jika tiada api. Keadaan ini melanda Lajim Ukin, MP Beaufort, merangkap Timbalan Menteri Persekutuan.

Cerita yang mennyelebungi Lajim apabila, timbul desas desus, bahawa beliau tidak lagi dicalonkan sebagai calon Parlimen untuk memberi peluang kepada calon lain, sebaliknya beliau ditarik bertanding di kawasan lamanya DUN Klias.

Jikapun menang diperingkat DUN, beliau merasakan itu hanya penghormatan sebelum bersara, kerana besar kemungkinan tidak dilantik dalam kabinet negeri, apatah lagi pengerusi GLC, kerana jawatan-jawatan itu dikira turun pangkat.

Selain itu, Lajim dikaitkan dengan parti baru yang dijenamakan semula, Sabah Front Party (SFP). Menurut beberapa spekulator politician, Lajim sangat aktif mengikuti mesyuarat-mesyuarat parti itu sejak akhir bulan lalu.

Dikhabarkan juga, bahawa Lajim akan mengumumkan halatuju politiknya pada 9 Januari, 2012 bersamaan dengan keputusan sodomi II Anwar.

Sejauh mana kebenaran cerita2 yang berlegar2 ini, hanya Lajim yang mengetahuinya, walaupun beberapa kali beliau menafikannya.

Sebelum ini, Lajim diberitakan hadir perjumpaan natal pemimpin Pakatan di Kuala Penyu yang juga dihadiri oleh pemimpin Pakatan daripada Semenanjung. Lajim juga sempat berucap di perjumpaan tersebut.

No comments:

Blog Archive