Friday, January 13, 2012

Pembebasan Anwar: Sebelum bersara Yusof cadang rayuan

Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Pejabat Peguam Negara Datuk Kamaluddin Md Said mengesahkan bahawa bahagiannya telah menerima laporan daripada pasukan pendakwa raya yang diketuai oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, namun keputusan masih belum dimuktamadkan meskipun pihaknya cuma mempunyai 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

"Mereka (Mohd Yusof) mungkin membuat cadangan tetapi kita perlu mengkaji perkara itu. Jika kita failkan rayuan, ia akan dibuat sebelum 25 Januari," katanya.

Bahagian yang diterajui Kamaluddin, khususnya mengendalikan kes-kes rayuan selepas penghakiman dibuat dalam perbicaraan kes jenayah dan memutuskan sama ada sesuatu notis rayuan perlu difailkan.

Yusof merasakan bahawa pihak pendawaan mempunyai bukti-bukti untuk mensabitkan kesalahan. Oleh itu, beliau mencadangkan rayuan dibuat.

"Terpulang kepada Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) untuk membuat keputusan, dan jika beliau tidak membuat keputusan, terpulang kepada Peguam Cara I Negara Datuk Idrus Harun," kata Mohd Yusof.

Abdul Gani tidak boleh terbabit dengan sebarang perkara mengenai kes Anwar kerana berikutan dakwaan bahawa beliau terlibat dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti.

Atas alasan itu, beliau tidak diberi sebarang peranan semasa perbicaraan kes liwat II.

Yusof dijadualkan untuk bersara pada 1 Februari.

No comments:

Blog Archive