Monday, January 09, 2012

Mahkamah Jalan Duta: ANWAR DIBEBASKAN

Mahkamah Tinggi KL membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. (Gambar)Anwar melangkah masuk mahkamah.

Hakim Mohd Zabidin Md Diah membuat penghakiman bahawa keputusan DNA dan keterangan lisan daripada mangsa belum cukup mensabitkan Anwar.

Suasana dalam mahkamah.
Warga emas pingsan. Orang ramai membantu.
Setakat ini hampir 10,000 penyokong Anwar telah berkumpul- 8.54 pagi
Suasana luar Mahkamah.
Anwar tiba diiringi Wan Azizah

Ketibaan Azmin Ali. Anwar akan tiba bila-bila masa.

Mantan MB Perak Ir Nizar Jamaluddin turut kelihatan. Setakat ini telah 4,000 penyokong Anwar telah berkumpul di tempat letak kereta mahkamah.

Ambiga dan A Samad Said turut serta
Anwar dijangka tiba 8:30 Pagi
Penjual Baju T berharga RM20

Salah Satu Poster penyokong Anwar

PKR Sarawak
Keadaan Kompleks Mahkamah ketika ini

Setakat 7:50 hampir 3,000 penyokong Anwar telah berkumpul.

Persoalan sama ada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disabitkan bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atau dibebaskan daripada tuduhan itu, akan diputuskan Mahkamah Tinggi, pagi ini.

Keputusan akan dibacakan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada jam 9 pagi ini di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Ia adalah keputusan yang amat dinanti-nantikan seluruh rakyat negara ini selepas hampir dua tahun setengah perbicaraan kes liwat berkenaan berjalan selepas tertangguh lebih 60 kali akibat pelbagai permohonan sampingan dan rayuan dibuat pasukan peguam Anwar, termasuk ke Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

Bagaimanapun, keputusan terbabit masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan.

Perbicaraan kes liwat berkenaan yang mendapat tumpuan meluas media dan orang ramai, bermula pada 3 Februari 2010 dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.

Anwar, 64, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau yang mengaku tidak bersalah, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabitan kesalahan.

Ini adalah tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Beliau pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar, pada 1998.

Bagi tuduhan berkenaan, Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, bagaimanapun selepas rayuan Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar.

Berbanding 1998, keputusan hari ini juga dianggap bersejarah kerana polis membenarkan penyokong Penasihat PKR itu berkumpul di pekarangan kompleks mahkamah selaras semangat Rang Undang-udang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Parlimen, bulan lalu.

Walaupun belum digazetkan, polis membenarkan perhimpunan penyokong Anwar di dengan 10 syarat bagi memastikan ia tidak menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.

No comments:

Blog Archive