Monday, January 30, 2012

Gilirian peguam Anwar pula perlekeh Hakim mahkamah syariah

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur susulan tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha yang memberi kebenaran kepada menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi, untuk mendengar permohonan mereka untuk mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata tidak dapat menerima keputusan kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepi rayuan tersebut.

Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan demikian dan terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya.

"Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.

"Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman," kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.

Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.

Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.

No comments:

Blog Archive