Thursday, January 05, 2012

Demo bebaskan Anwar-bukan kepentingan rakyat

Rancangan PKR mengadakan himpunan pada 9 Januari, 2012 di luar Mahkamah Jalan Duta, sempena keputusan sodomi II Anwar, seolah-olah parti Wan Azizah itu telah tahu, bahawa Anwar disabitkan kesalahan.

Kesimpulan parti itu melakukan demo untuk bebaskan Anwar, kerana semasa penggulungan hujahan pihak peguambela dan pendakwaraya semasa penggulungan terakhir sodomi II, hujung tahun lalu, terbukti, pihak penguambela gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan kepada Anwar.

Anwar dituduh oleh pegawai peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bahawa majikannya itu telah meliwatnya beberapa kali dan terakhir pada 26 Jun, 2008 di sebuah kondominium, di Jalan Setiakasih, Bukit Damnasara antara pukul 3.01 hingga 4.30 petang.

Anwar didakwa menurut seksyen 377C, yakni melakukan hubungan seks diluar tabii. Menurut sekysen tersebut, jika pelaku disabit kesalahan boleh dihukum sehingga 20 tahun dan sebat.

No comments:

Blog Archive