Tuesday, January 10, 2012

Bagi Pas- Hassan Ali itu bagaikan duri dan nanah

PAS telah lega, bahawa duri dan nanah telah dihapuskan daripada parti berkebajikan itu.

Rata-rata pemimpin PAS berkata, pemecatan Hassan daripada parti itu tidak berimpak besar.

Sebelum ini Hassan mendakwa, bahawa Anwar Ibrahim adalah pemain di belakang layar, untuk memecatnya daripada parti.

Hassan dipecat sebaik sahaja Anwar berjumpa empat mata dengan Nik Aziz di Kota Bahru, sebelum isu kontraversi, di mana Nik Aziz telah memaklumkan bahawa Hassan telah meminta maaf atas kritikannya terhadap parti.

Dengan pemecatan Hassan itu, (tanpa peluang membela diri), walaupun exco kanan kerajaan Selangor itu mempunyai peluang merayu kepada Majlis surah dalam masa 30 hari, namun peluangnya untuk diterima semula amat tipis.

Hassan kini, berhadapan disingkirkan sebagai exco kerajaan Selangor dan akan menjadi ADUN bebas di DUN Selangor, sehingga PRU-13.

No comments:

Blog Archive