Latest News

Aziz Bari bukan lagi bergelar Profesor

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu, lapor Utusan Malaysia.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," beliau dipetik sebagai berkata di Kuala Lumpur.

Abdul Rahim berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.

0 Response to "Aziz Bari bukan lagi bergelar Profesor"

Blog Archive