Wednesday, June 29, 2011

Sejak tahun 1998 Anwar nak jadi PM-belum jadi-jadi lagi

Sepatutnya Anwar sudah jadi PM selepas sukan komonwel, akan tetapi terbantut apabila dia dipecat pada september 1997.

Tahun 1999, semasa PRU-parti Anwar yang diwakili isterinya Keadilan bertanding, namun tewas teruk, demikian juga tahun 2004. Pada tahun 2008, parti Anwar bertanding juga, kali ini berpakat dengan DAP dan PAS. Jumlah kerusi keseluruhan tiga parti berpakat itu hanya 82. Walaupun jumlah itu mengakibatkan BN kehilangan 2/3 di dewan rakyat.

Melihat kepada keputusan PRU12 itu, Anwar menghebohkan kononnya ada 31 MP BN akan melompat, atas sebab itu Anwar canangkan 16 September, 2008 sebagai tarikh pengistiharan bahawa kerajaan BN tumbang, kerana kehilangan majoriti mudah di dewan rakyat. Jika semuanya itu berlaku, maka Anwar memilih 1 Oktober untuk membentuk kerajaan Persekutuan. 1 oktober bertepatan dengan kewujudan pemerintahan komunis di negara tembok cina.

Sejak Mac, 2008 hingga kini Anwar melakukan berbagai helah dan strategi untuk mendapat kuasa, agar dirinya boleh menjadi Perdana Menteri.

Anwar tidak sabar-sabar menunggu pilihanraya umum 13, atas sebab itu, dia mempergunakan Himpunan Bersih untuk melakukan hura-hara dalam negara.

Selain itu, Anwar juga menunjukkan kepada dunia, bahawa Malaysia tidak aman. Apabila tidak aman, maka pelabur tidak melabur. Pelancong tidak datang. Jika kerajaan melakukan pencegahan, maka Anwar gunakan keadaan itu, meminta bantuan negara asing-ada kemungkinan negara akan dikenakan sekatan perdagangan.

Akibatnya, ekonomi negara akan lumpuh. Apabila ekonomi lumpuh, yang ditandai dengan berkurangnya sumber pekerjaan, ramai yang kehilangan kerja, harga barangan naik, maka rakyat akan memberontak. Saat-saat itu yang ditunggu Anwar.

Anwar tahu, jika berdepan dengan BN pada pilihanraya umum, Pakatan DAP-PAS-PKR belum mampu menubuhkan kerajaan Persekutuan, mungkin pakatan tiga parti itu, masih mempertahankan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Seburuk-buruk BNpun akan tetap mendapat 120 kerusi Parlimen. Jumlah kerusi itu, cukup menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah. Lagipun, keadaan masa kini, cukup payah menubuhkan kerajaan dengan kuasa 2/3. Di Britin, Kanada, Turki serta Australia-kerajaan ditubuhkan bukan atas penguasaan 2/3.

Anwar tahu, bahawa melalui pilharaya umum, walaupun seluruh tuntutan BERSIH, dibenarkan, pakatan tiga bintang itu, tidak akan mampu menubuhkan kerajaan Persekutuan. Atas sebab itu, Anwar perlu cari helah dan cara, bagaimana dia menjadi Perdana Menteri; kerana Anwar tahu, masa mengejarnya. Anwar telah berumur senja.

Akibat Perhimpunan BERSIH: Negara kehilangan 1Billion -Tidak banyak

Menteri Pelancongan Ng Yen Yen berkata, perhimpunan Bersih pada 9 Julai, negara akan kehilangan RM1billion. Tahun 2010 pada masa yang sama, negara memndapat perolehan RM6bilon, daripada perbelanjaan pelancong.

No problem, ke hilangan 1b, nanti Anwar dan Ambiga akan bayar balik kepada industri pelancongan. Kepada pengusaha pelancongan kenalah mengemukakan inbois kepada mereka ini untuk tujuan kompensasi.

Kalau Bersih Berjaya-Anwar tubuh kerajaan 1 Oktober?

Kenapa Bersih disertai semua kaum? sebabnya parti perkauman DAP turut ikut sama, Pas juga ikut sama, PKR juga ikut sama, selain itu PSM juga ikut sama. DAP adalah parti kaum cina, Pas parti kaum melayu, sementara PKR parti campur-campur, sementara PSM parti kaum india.

Sebab lain Himpunan Bersih mampu menarik semua kaum kerana mereka adalah penyokong Pakatan. Para pemimpin Pakatan yakin, bahawa melalui perhimpunan 9 Julai, mereka mampu mengubah lanskap politik negara, melalui gerakan People Power. Pemimpin Pakatan melihat kejayaan People Power tahun 1986 di Filipina, di Tunisia dan Mesir awal tahun ini. Selain itu, pemimpin Pakatan juga terutama Anwar Ibrahim melihat bagaimana Soeharto Presiden ke2 Indonesia turun tahta kerana people power.

Bagi pemimpin Pakatan terutama Anwar, masa inilah yang sesuai mengambil kesempatan, kerana Anwar berguru dengan gerakan parti komunis China, yang menyambut HUTnya pada 1 Julai. Parti komunis china itu menubuhkan kerajaan komunis pada 1 Oktober. Jika Himpunan Bersih mampu menimbulkan hura-hara, maka target Anwar untuk menubuhkan kerajaan melalui rampasan kuasa adalah 1 Oktober. Samalah dengan Gerakan 16 Septembernya; jika gerakan 16 September itu berjaya, maka tarkih keramat mereka menubuhkan kerajaan juga 1 Oktober.

Jika pihak keselamatan negara tidak berjaya mengekang Himpunan Bersih pada 9 julai ini, negara akan berhadapan malapetaka yang belum pernah berlaku dalam negara ini. Fikir-fikirkan lah.

Tuesday, June 28, 2011

Video Seks Anwar: BEDESIT kata Johari Abdul

Ambiga nak jadi "Superhero": Mufti Perak

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Datuk S Ambiga dilihat cuba menjadi 'superhero' dengan tindakannya mengetuai penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Beliau berkata dengan mengetuai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu, penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.

Menurut Mufti Perak itu- Tindakan Ambiga itu juga seolah-olah dia (Ambiga) mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah," katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini.
Beliau turut mencadangkan supaya pengamal undang-undang yang bertindak seperti Ambiga dibatalkan lesen guaman mereka.

Beliau berkata sebelum ini bekas presiden Majlis Peguam itu pernah mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.

Harussani berkata malangnya ada kalangan masyarakat yang sudah lupa serta mempunyai perasaan hasad dengki antara satu sama lain.

"Rentetan itu, mereka bertindak menyokong perhimpunan haram yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini bagi menunjukkan tanda protes," katanya.

Beliau menasihatkan supaya rakyat tidak terpengaruh dengan perhimpunan haram terbabit serta mengelakkan diri daripada menyertainya.--Bernama

Muslihat Ambiga anjur Himpunan BERSIH!!!

Ambiga memberi alasan kononnya perhimpunan bersih terpaksa diadakan kerana penipuan undi semasa PRN Sarawak. Alasan ini adalah satu pembohongan, kerana Bersih telah memulakan perancangan mereka sejak mac lagi; sedangkan pilhanraya Sarawak diadakan pada April. Menurut Pengerusi SPR, Bersih sebelumnya meminta berbincang pada bulan April, SPR tidak dapat memenuhinya kerana SPR sibuk dengan beberapa PRK dan PRN Sarawak.Selepas itu, tiada lagi permintaan daripada kumpulan ini.

Seterusnya Ambiga membuat 8 tuntutan terhadap SPR untuk reformasi pilihanraya. Beliau menyangkal SPR tidak ada kuasa untuk bertindak. Katanya, Bersih sudah berbincang dan pertukaran maklumat dengan SPR tapi SPR kata telah berikan kepada Kabinet tapi ditolak. Lalu diguna sebagai alasan kononnya tiada sebab untuk runding dengan SPR lagi.

Semua yang dikatanya pembohongan dan penipuan.

Pihak Bersih 2.0 yang merupakan perkumpulan lebih 60 NGO (orang sama NGO banyak) ada bertemu dengan pihak SPR selama satu hari pada N0vember 9hb 2010. Dalam pertemuan ini, mereka membuat 17 tuntutan yang mana akhirnya hanya 5 saja yang tinggal dari tuntutan asal mereka dalam memo tuntutan yang ingin Bersih berikan kepada Agong.

Melihat senarai tuntutan yang sedikit, mereka tambah 3 tuntutan baru yang tidak masuk akal. Jelas sekali, penerangan dan penjelasan SPR semasa pertemuan begitu berkesan sehinggakan daripada 17 tuntutan hanya berbaki 5, di mana kesemuanya diluarbidang kuasa SPR. Walaupun 12 tuntutan yang dikemukakan kepada SPR telahpun dipersetujui, namun kumpulan ini masih berdegil, mahu juga berdemo dan mengkambinghitamkan SPR.

Berikut dibincangkan tuntutan mereka:

1. Membersihkan senarai pengundi dari pengundi hantu dan menuntut pendaftaran secara otomatik.

Perkara ini adalah urusan pentadbiran yang berterusan tetapi suatu yang perlu difahami adalah SPR tidak boleh mengubah seseorang dari satu temnpat ke satu tempat yang sesuka hati. Sebarang pembersihan perlu penegsahan dan dokumentasi.

Berkenaan pendaftaran pengundi secara automatic, ia tidak boleh dilakukan kerana SPR tidak boleh memaksa seseorang mendaftar sebagai pengundi melainkan dibenarkan Perlembagaan.

2. Reformasi undi pos

Buat masa ini, ianya dinamakan undi pos tetapi akan ditukarkan menjadi undi awal. Isu ini adalah isu yang diperbesarkan dan dipolitikkan saja. Melainkan tempat seperti Telok Kemang dan tempat di mana ada kem askar, undi pos tidak membawa impak apa-apa di mana-mana kawasan. Lagipun undi pos bukan mengutungkan BN, menurut Nazri Aziz lebih 60% undi Pos pada tahun 1999 dan 2008 berpihak kepada pembangkang.

3. Penggunaan dakwat kekal (indellible ink)

Betulkah ada dakwat yang tidak boleh dipadam langsung? Tiada dalam dunia.

Betul ... pihak SPR ada umum mahu menggunakan dakwat ini pada tahun 2008 tapi membatalkan kerana ada pihak sudah mengimpot dakwat tersebut.

SPR tidak ada hak untuk menafikan seseorang dari mengundi melainkan pengundi itu gila, banduan, bawah 21, dan bukan warga negara. Jika seorang dinafikan hak mengundi kerana dakwat hitam, pasti dia boleh saman SPR.

Penggunaan dakwat begini hanya amalan negara dunia ketiga seperti India, Indonesia, Afrika dll yang tidak punya sistem Kad Pengenalan dan cara masih kebelakang. Buat apa perlu cara dakwat yang terbelakang ini jika sistem biometrik boleh digunakan? Kini India sudah berubah pada biometrik.

4, Waktu kempen minima 21 hari

Buat masa ini, pengalaman menunjukkan 7-9 hari adalah waktu yang sesuai. Peruntukan undang2 memberi kuasa dan budibicara pada SPR untuk tentukan waktu kempen selama yang sesuai dengan syarat tidak kurang 7 hari.

Jika pembangkang mahu minima 21 hari, tukarkan undang-undang!

Namun begitu, SPR boleh timbang, tetapi perlukah nak menuntut ini sampai perlu buat demo besar-besaran?

5. Media yang bebas dan adil

Bukan bidang kuasa SPR.. satu tuntutan yang tidak lojik kepada SPR

6. Kuatkan institusi awam

Bukankah ia melibatkan kuasa JPA dan agensi yang terlibat? Bukan kerja SPR!

7. Hentikan rasuah

Ini SPR, bukan SPRM

8. Hentikan politik kotor

Baik pembangkang mahu pun Pemerintah serupa saja.Untuk politik sekarang, sekarang ini sapa yang politik penuh dengan pelbagai pembohongan, pertuduhan dan mereka-reka cerita bohong, putarbelit seperti pembunuhan Altantunya, Pusrawi, MAS rugi RM8 billion, rasuah submarine dlll tanpa bukti? Bukankah pembangkang dan terutamanya Anwar Ibrahim dan PKR? Adakah kuasa SPR dan AGONG penentu tataertib politik?

Sebenarnya Ambiga hanya mencari sebab untuk berdemo, dan SPRlah mudah dijadikan kambinghitam. BERSIH bukan bermatalamat untuk mengwujudkan pilihanraya yang bersih, akan tetapi ada maksud tersirat, yakni untuk menimbulkan hura hara, agar kerajaan yang dipilih rakyat tumbang.

Bersih disusupi KOMUNIS-Utusan

Perhimpunan BERSIH 2.0 ada kaitan dengan gerakan bersenjata komunis Filipina dan juga NGO pro-demokrasi Amerika Syarikat.

Dengan memetik sumber, akhbar berkenaan mendakwa "ancaman terhadap keselamatan negara" kini "berada pada tahap membimbangkan" memandangkan perhimpunan BERSIH 2.0 "diresapi "gerakan komunis."

Utusan mengaitkan demikian dengan menamakan dua orang individu warga asing yang ditahan bersama sekumpulan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Sabtu lalu.

Laporan itu juga mendakwa, BERSIH yang dikepalai PSM "bersekongkol" dengan "ejen asing" berkenaan bagi "menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan."

Seorang daripada individu yang dinamakan dalam laporan bertajuk 'Keselamatan negara diancam' itu ialah seorang lelaki warga Filipina, Romeo Castillo, 59.

Utusan yang memetik sumber melaporkan, Castillo "mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat negara itu melalui gerakan bersenjata sehingga disenarai sebagai gerakan pengganas."

Lelaki berkenaan ditahan bersama seorang wanita warga Korea, Min Young Song, dalam satu kejadian di hadapan sebuah kolej di daerah Ledang, Johor.

Min, 24, didakwa Utusan sebagai seorang individu yang ditaja oleh NGO pro-demokrasi National Democratic Institute – sebuah organisasi yang dinaungi seorang "sekutu" Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jumlah individu yang ditahan berhubung penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0 dilaporkan telah mencecah 81 orang apabila polis melancarkan gerakan di seluruh negara bermula Rabu lalu.

BERSIH setakat ini tegas dengan pendiriannya untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai itu walau berdepan tindakan berkenaan.

BERSIH juga berdepan kemungkinan berlakunya pertembungan dengan dua lagi kumpulan yang akan turut berdemo pada hari berkenaan – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia dan juga kumpulan PATRIOT dari Pemuda Umno.

Nasib baik tidak dibakar

PKR mendakwa sekumpulan Pemuda Umno mengancam membakar ibu pejabat parti itu, yang terletak di Tropicana semalam. Baru menghancam!!! belum lagi dibakar!!!.

PKR adalah dalang kepada perhimpunan bersih yang bertujuan melakukan hura hara pada 9 julai.

Tahniah Berbaju Merah

Foto: Ehsan daripada Blog Darul Ehsan Today,blogspot.com
Ambiga dan Anwar fikir, hanya berbaju kuning yang mampu berhimpun. Baju merah juga akan lebih hebat. Buktinya semalam, tanpa perancangan, hanya makluman melalui twitter, beratus pemuda berbaju merah dari Wilayah Persekutuan dan Selangor mengepung pejabat PKR di Tropicana.

Kepada Ambiga dan Anwar don't play-play; jangan jolok sarang tebuan!!!

Kalau sekadar panggil dan tanya baik tak payah

Polis setakat ini hanya memanggil beberapa individu yang ada kaitan dengan perhimpunan 9 Julai.

Ada tiga kumpulan yang telah mengumumkan akan mengadakan himpunan pada hari itu- Bersih yang dianjurkan oleh Pembangkang, Perkasa sebuah NGO ultra melayu dan Pemuda Umno.

Setakat ini pihak polis telah memanggil Pengajur Bersih-Ambiga, Presiden Perkasa-Ibrahim Ali dan Ketua Pemuda Umno Persekutuan. Selain itu, polis juga memanggil A Samad Said berikutan sajaknya berjudul UNGGUN BERSIH yang dibacanya sempena perlancaran bersih yang berbau hasutan.

Selain itu, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim juga dipanggil polis berhubung himpunan 9 julai itu.

Walaupun laporan polis yang membantah himpunan itu telah mencecah lebih 1,600, namun setakat ini, belum ada tangkapan pencegahan, kecuali penangkapan D Jeyakumar berserta 81 yang lain dibawah seksyen 122 kanun keseksaan kerana cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini.

Kalau setakat panggil dan tanya baik tak payah. Kumpulan Bersih dalam beberapa pengumuman akan meneruskan himpunan itu, sebaliknya Perkasa pula, jika bersih batalkan himpunan, maka Perkasa juga akan batalkan.

Pemuda Umno pula setakat ini masih konsisten dengan perancangan mereka. Perkara ini terbukti, apabila semalam sekumpulan pemuda Umno bermotosikal mengepung pejabat PKR di Tropicana, Kuala Lumpur. Selain itu dalam beberapa twit Khairy, himpunan patriot pemuda Umno akan diadakan seperti dijadualkan.

Monday, June 27, 2011

Demonstrasi 9 julai ada niat Besar- SPR hanya kambing hitam

Kalau bukan SPR-NGO yang berafilisasi dengan Bersih tidak akan dapat bantuan bercurah-curah daripada negara asing.

Niat negara asing menguasai negara ini bermula tahun 1997, apabila menyerang mata wang negara yang berakbiat krisis ekonomi.

Niat negara asing menguasai negara menerusi IMF dengan memperkudakan Anwar gagal, kerana berjaya dipintas oleh Tun Dr Mahathir.

Selepas Anwar dipecat, niat negara-negara yang ingin menguasai Malaysia tertangguh, kerana belum menemukan sesorang yang boleh menjadi ayam tambatan.

Secara cuba-cuba, tahun 2007 Bersih ditubuhkan kononnya menuntut untuk pilihanraya yang adil dan bersih. Melihat kepada tunjuk perasaan yang diadakan pada tahun 2007, kononnya untuk menyerahkan memorenda kepada SBP Agong mengenai tuntutan mereka itu, mendapat sambutan kira-kira 50ribu orang penyokong pembangkang, maka negara-negara asing yang sememangkan mahukan ketidak amanan dan ketidak stabilan negara ini sekaligus ingin menguasai negara ini terbuka mata. Negara-negara tersebut mengumpul dana melalui NGO mereka untuk disalurkan kepada Ngo2 yang bernaung dalam Himpunan Bersih.

Menurut Utusan sebanyak 9 negara asing secara bersama-sama sejak beberapa minggu lepas dengan rancaknya mencurahkan dana kepada NGO2 yang berafilisasi dengan bersih. Menurut Utusan juga, setakat ini telah berjuta-juta dana berjaya diserahkan kepada NGO2 tertentu, dan sudah tentunya membiayai operasi BERSIH.

Sebenarnya Himpunan Bersih mempunyai niat Besar, bukannya sepertimana tuntutan mereka. SPR hanya dijadikan kambing hitam. Tujuan Himpunan itu adalah merampas kuasa melalui People Power, sepertimana dilakukan oleh Mendiang Aquino pada tahun 1986, semasa menjatuhkan Marcos.Selain itu, Himpunan ini juga mengambil iktibar People Power di Tunisia dan Mesir, awal tahun ini-di mana kerajaan di dua buah negara Afrika itu tumbang.

Kini pihak KDN sudah agak terlambat, api kecil tidak dipadamkan. KDN tidak belajar daripada kejadian di Tunisia dan Mesir serta Libya-api kecil dibiarkan menyala dan terus menyala.

Kini, pengajur Bersih, daripada No Body-telah bertukar kepada IKON. Daripada Ngo tidak berduit, kini mempunyai wang berjuta-juta. Salah Siapa???

Sajak A Samad Said-bersifat menghasut

Unggun Bersih
Posted on June 26, 2011 by samadsaid

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.


Teks Ucapan Penuh Pada Malam Pelancaran Bersih—19 Jun, 2011.

Posted on June 21, 2011 by samadsaid

“Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan.

Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?

Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni.

Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah. Maka itu, kita menjadi lebih berazam. Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan “siasah” yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat.

Kita tidak begitu. Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani.

Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul.

Inilah gerakan kita yang, sayangnya, terpaksa bermula di tengah keangkuhan kerajaan yang merasa segala-galanya sudah betul, malah sudah syurgawi, di tanah air ini. Kita sebenarnya masih dalam derita yang terus dicipta oleh tangan kasar berhati angkuh yang sangat bercita-cita.

Kita merindukan suara kuasa yang waras dan insani; suara pembimbing yang ikhlas dan mengerti. Kita tidak memerlukan suara angkuh dalam era yang sudah terlalu lama sombong ini. Kita mengharapkan tangan kuasa yang berhemah, sedia memimpin dan berdamai, turut bantu mencipta iklim demokrasi yang harum.

Memanglah kita mengkhayalkan dunia indah itu, walaupun kenyataan yang terserlah dan mengembang kini sedang menunjukkan di atas kepala kita sentiasa sedia terapung awan kelam yang menjanjikan tofan.

Jikalau berlaku, kita bukanlah kelompok manusia yang gamam berlari; kita, sebaliknya, adalah manusia yang cekal berdiri. Kita ingin memupuk demokrasi yang lebih berhati nurani.

Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams: “It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people’s minds.”

Kita nyalakan unggun api itu pada malam ini!”

(Perhatian: Kerana dibataskan masa hanya seminit seorang, maka saya yang mewakili GMP, hanya sempat membacakan dua perenggan terakhir teks ucapan ini.—A. SAMAD SAID).

Khalwat: Umno Jerlun lucut jawatan Yusmawati Yaacob dan Jasmi Mohd Ismail

Ketua Puteri Umno Jerlun Yusmawati Yaacob dan Setiausaha Umno bahagian itu, Jasmi Mohd Ismail digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran kes berkhalwat yang sedang mereka hadapi di Mahkamah Syariah, lapor media hari ini.

Pengerusi Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, surat berkaitan pelucutan jawatan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, 24 Jun lalu.

Isnin lalu, Yusmawati dan Jasmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu atas tuduhan bersekedudukan di sebuah rumah pada bulan lalu.

Mereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu.

Jasmi dan Yusmawati didakwa bersekediaman, bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi tanpa ikatan sah mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

Menurut Ahmad Bashah, ekoran perkembangan itu, Naib Ketua Puteri Umno Jerlun, Siti Hajar Ahmad Hayazi dilantik memangku jawatan Ketua Puteri sehingga pemilihan peringkat parti diadakan kelak.

Kata beliau, pelantikan berkenaan selaras dengan Fasal 12.8 Peraturan Pergerakan Puteri Umno.

Tambah beliau, bagi jawatan pengganti Jasmi pula akan diputuskan oleh Ketua Umno Jerlun, Datuk Abu Hasan Sharif.

Siapa rakam video seks Anwar itu?

Walaupun Trio Datuk T telahpun dijatuhi hukuman, namun persoalan kini masih misteri,siapa yang merakam video yang memaparkan Anwar itu? Yang jelas bukan Eskay, kerana Eskay hanya terjumpa rakaman itu, semasa kembali ke bilik itu untuk mencari jam omega Anwar yang tertinggal.

Rahim dan Shuib tiada kena mengena dengan rakaman itu, kerana mereka hanya membantu mendedahkannya.

Siapa yang merakam? sudah tentu pelaku itu mempunyai akses mengenai pergerakan Anwar. Mungkin saja, pekerja atau pemilik tempat itu atau ada orang lain yang mempunyai kepentingan pada Anwar.

Kalaulah BN yang terlibat, sudah tentu tidak akan menunggu Eskay, pasti BN gunakan penguatkuasa agama, untuk menangkap Anwar secara bulat-bulat. Kerana lokasi berada di Wilayah JAWI, pasti pencegah maksiat JAWI telah lama menangkap Anwar semasa sedang mengadakan aksi.

AYT teringat kata Lee Kuan Yew.. Apabila Anwar touch down sahaja ke Singapura, pasti spy dan hidden camera mengekorinya. Sebenarnya Anwar telah lama terperangkap oleh spy negara jiran itu.

Bagi Singapura, negara itu paling suka jika Anwar menjadi perdana Menteri. Jika Anwar menjadi Perdana Menteri, masalah ruang udara, air dan pasir akan mudah diselesaikan. Sebabnya, negara itu mempunyai maklumat aktiviti moral Anwar. Dengan menggunakan semua maklumat itu, maka mudahlah bagi negara itu, memeras ugutnya.

Berbalik kepada persoalan-siapa yang merakam video seks Anwar itu? Jika perakam itu melibatkan agen asing, berapa banyak kah maklmuat mengenai Anwar sudah berada dalam simpanan agen asing itu?

Apa kah rakaman yang dijumpai Eskay itu hanya sebahagian kecil daripada maklumat mengenai moral Anwar yang berada ditangan agen asing?

Sunday, June 26, 2011

Anwar tidak sabar berkuasa-Dalangi Himpunan Bersih

Kalau Pilihanraya boleh dimanipulasi sudah tentu Umno/BN tidak akan kehilangan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan dan telah lama boleh merampas Kelantan.

Kelantan sejak 1990 dikuasai oleh Pas,manakala, Sabah hanya dikuasai U/BN pada tahun 1994.

Kalau UBN mampu memanipulasi pilihanraya, sudah tentu Samy Vellu mahu terus menang di Sungai Siput, demikian juga George Chan Presiden SUPP tidak akan mahu kalah di DUN Piasau, pada PRN Sarawak baru-baru ini. Demikian juga, semasa PRK Pematang Pauh, sudah tentu BN mahu menang, agar Anwar gagal dalam usahanya menjadi wakil rakyat.

Disebabkan, UBN tiada kemampuan itu, maka UBN kehilangan kuasa 2/3 dan 5 negeri selepas PRU-12 lalu. Sementara di Sarawak, UBN hanya mampu mendapat 55 kerusi, sedangkan sebelum DUN Sarawak dibubar, UBN mempunyai 63 kerusi.

Tujuan Himpunan Bersih yang didalangi oleh Anwar, bukan kerana SPR tidak bersih, akan tetapi, Anwar tidak sabar untuk berkuasa. Anwar melihat kejatuhan pemimpin Tunisia dan Mesir,akibat daripada tunjuk perasaan rakyat-Anwar menggunakan cara rakyat negara arab itu untuk merampas kuasa dalam negara.

Selain itu, Anwar mahu melihat sejauh mana sokongan rakyat terhadapnya, memandangkan isu peribadinya semakin memuncak.

Sekiranya Himpunan Bersih pada 9 Julai, dapat mengumpul sokongan lebih dibanding himpunan serupa pada tahun 2007, mungkin Anwar akan menggerakkan tunjuk perasaan yang lebih besar lagi; sehingga negara menjadi huru hara.

Tindakan Anwar ini adalah berasaskan Win or Loss. Anwar memperjudikan segala-galanya,kerana dia tahu, Penjara menunggunya.

9 Julai: Mana Yang Ramai: Baju Merah atau Baju Kuning?

Manakala jalan-jalan di Kuala Lumpur dijangka dibanjiri penyokong BERSIH yang berbaju kuning pada 9 Julai, Pemuda Umno pula akan tampil dengan baju merah.

Apa yang pada mulanya merupakan satu idea untuk melawan perhimpunan BERSIH 2.0, Pemuda Umno kini sudah mempunyai satu logo dan nama untuk perhimpunan anjurannya pada hari yang sama.

Menulis dalam twitternya mengenai perhimpunan 'Patriot' itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta penyokongnya supaya memakai baju merah.

Mengapa 'Patriot'? Menurut Khairy kerana mereka mahu memberitahu rakyat bahawa mereka tampil menyokong sistem demokrasi dan perubahan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengulangi dakwaannya bahawa BERSIH 2.0 telah dicemari oleh politik pembangkang, Khairy berkata, gabungan itu tidak lagi menjadi satu gerakan masyarakat sivil yang berkecuali.

Beliau mendakwa jawatankuasa BERSIH sering muncul di pentas pembangkang.

Khairy berkata, gabungan itu telah menjadi sangat berat sebelah, condong kepada pembangkang dan mempunyai agenda politik.

Lim Kit Siang mendakwa PRU-13 adalah hidup atau matinya UBN

Pakatan bukan sahaja mahu mempertahankan negeri-negeri yang dikuasainya,malahan akan merampas semula Perak dan akan menubuhkan kerajaan di negeri-negeri Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Terengganu.

Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan malam DAP Teluk Intan semalam.

Pemimpin DAP itu menyifatkan pilihan raya umum ke-13 amat penting kerana ia bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya.

Lim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu, menyebabkan beliau teragak-agak untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang akan datang.

Sehubungan itu, Lim meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau tahun depan.

Beliau juga berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan yang pertama dalam sejarah yang bakal menyaksikan persaingan 'hidup mati' BN dan Umno.

Selama ini, kata Lim, Umno dan kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah sehinggalah tercetusnya tsunama politik pada pilihan raya umum 2008 di mana ia mengalami kekalahan teruk dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Umno dan BN akan berdepan dengan persaingan 'hidup matinya' dalam pilihan raya umum ke-13 - bukan setakat sama ada ia boleh memperolehi semula majoriti dua pertiga, tetapi juga sama ada ia dapat mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang," katnya.

Saturday, June 25, 2011

Anwar nak tunggu apa lagi? Zul-Kulim

Nak tunggu apa lagi? Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib meletakkan segala jawatannya selepas dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk ‘T’ menyerupai Ketua Pembangkang itu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) berkata, pakar dari AS itu juga mengesahkan rakaman video seks terbabit adalah tulen dan tidak ada sebarang ‘tampering’ (diubah-ubah) serta ‘superimpose’ (imej ditindih).

Menurut beliau, bukan itu sahaja, kamera litar tertutup (CCTV) hotel turut membuktikan Anwar dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berada di lobi hotel tersebut ketika tarikh rakaman klip berlaku.

“Dia wajib letak jawatan. Semua jawatan. Tiada dolak-dalih, tiada putar-belit dan tiada bohong lagi. Semuanya sudah jelas. Letaklah semua jawatan; politik, kerajaan dan lain-lain.

“Letaklah jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh; letaklah jawatan sebagai Ketua Pembangkang; letaklah jawatan sebagai Ketua Umum dan Penasihat PKR serta letaklah jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.

“Hentikanlah sandiwara dan lakonan jijik serta kotor ini. Hentikanlah mengheret dan memperkudakan para ulama terutama dari Pas. Ringkasnya, pergilah bertaubat. Cucilah diri,” katanya dalam entri terbaru bertajuk ‘Dah terang bersuluh pula!’ di blognya, http://zul4kulim.blogspot.com semalam.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, selain pengesahan pakar dan bukti daripada CCTV, kelibat Shazryl Eskay turut muncul dalam klip video tersebut.

“Klip video berkenaan juga mengesahkan terdapat tiga watak di dalamnya iaitu seorang lelaki (Shazryl Eskay), seorang lelaki dikenal pasti sebagai Anwar dan seorang wanita berbangsa Cina.

“Perlu saya tekankan di sini, kita tidak menuduh Anwar berzina dengan wanita itu. Itu persoalan yang perlu dibuktikan di Mahkamah Syariah berdasarkan beban pembuktian yang ditetapkan syarak.

“Apa yang penting di sini ialah video tersebut membuktikan Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin, apatah lagi menjadi Perdana Menteri sebuah negara umat Islam,” tegas beliau.

Katanya, dalam beberapa kejadian yang berlaku di AS, Turki dan Indonesia sebelum ini, sudah ramai golongan pemimpin dan ahli politik bertindak meletak jawatan ekoran terlibat dengan ‘jenayah’ lucah.

“Tetapi di Malaysia, setelah dipanggil membela diri kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, dengan pembuktian asid deoksiribonukleik (DNA) yang jelas dan dengan klip video yang disahkan tulen, Anwar bukan sahaja tidak mahu meletak jawatan, bahkan menyalahkan kerajaan dan semua orang lain atas kegiatan tidak bermoral beliau itu.

“Kadang-kadang, bila tengok rentetan peristiwa di luar negara, orang kafir pun lebih tinggi maruah dan nilai diri serta prinsip mereka,” ujarnya.

Zulkifli kemudiannya menggesa rakyat supaya berhati-hati ekoran versi video Johari Abdul wakil Rakyat Sungai Petani, Kedah yang menggambarkan seolah-olah video yang didedahkan oleh Tri Datuk T adalah palsu; tujuan klip video versi Johari itu adalah untuk menimbulkan keraguan.

Himpunan BERSIH berniat jahat: Zul-Kulim

Apabila pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menggesa penganjur perhimpunan haram 9 Julai depan, Bersih, supaya tidak menjadikan suruhanjaya itu sebagai 'kambing hitam', ada pihak menuduh SPR bermain politik.

Mereka menuduh SPR melindungi kerajaan dan memanipulasikan keputusan pilihan raya demi kepentingan parti pemerintah.

Sementara itu, penganjur perhimpunan haram itu bercadang untuk meneruskan rancangan mereka mengadakan demonstrasi jalanan pada 9 Julai, walaupun langkah itu dibantah keras oleh pelbagai pihak.

Kumpulan pengacau yang berhasrat mengadakan perhimpunan haram itu menuntut lapan perkara kononnya untuk memastikan pilihan raya umum diadakan secara bersih dan telus - membersihkan senarai pemilih, melakukan reformasi terhadap sistem pengundian, menggunakan dakwat kekal untuk cap jari pengundi, membenarkan tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari, mewujudkan akses terhadap media secara bebas dan adil, memperkukuhkan institusi awam dan menghentikan amalan rasuah serta politik kotor.

Persoalannnya ialah adakah tuntutan mereka itu berasas atau sengaja diada-adakan? Juga, adakah sistem pilihan raya kita begitu buruk? Banyak pihak percaya tuntutan itu dibuat sekadar untuk menyembunyikan niat buruk yang terselindung di sebalik keseluruhan rancangan mereka.

SPR bersedia mengadakan perjumpaan dengan penganjur perhimpunan haram itu sekali lagi untuk membincangkan isu yang ditimbulkan kerana ia percaya demonstrasi jalanan tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah atau membawa kepada pindaan undang-undang.

Abdul Aziz berkata bahawa SPR telah mengadakan perjumpaan dengan pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan haram itu Datuk S. Ambiga serta beberapa anggotanya pada akhir tahun lepas dan mereka menerima penjelasan SPR tentang isu yang ditimbulkan.

Beliau juga berbincang tentang lapan isu berkenaan, termasuk membuat pindaan terhadap undang-undang.

"Sekiranya mereka benar-benar memperjuangkan demokrasi, mereka perlu terus membincangkan isu berkenaan dengan SPR dan mengemukakan permintaan mereka melalui saluran sewajarnya.

"Ini bukan caranya. Janganlah jadikan SPR sebagai kambing hitam. Mereka tuduh kami tidak demokratik dan tidak bersih serta membantu dan menyokong kerajaan. Pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sebelum ini membuktikan tuduhan itu tidak benar.

"Sekiranya para pengundi sukakan Pembangkang, mereka akan menang (kerusi) dan hal ini telah terbukti. Jadi, apakah niat sebenar mereka? Saya rasa kami (SPR) bersikap adil dan saksama," kata Abdul Aziz.

Beberapa ahli politik turut mempersoalkan niat sebenar kumpulan pengacau itu yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam menuntut agar pilihan raya diadakan secara bersih.

Dalam blog beliau, Anggota Parlimen Kulim Bandar-Baru Datuk Zulkifli Noordin berkata walaupun tujuh daripada lapan tuntutan yang dibuat oleh kumpulan itu kelihatan seolah-olah mempunyai kewajaran untuk menangani kecacatan yang wujud dalam sistem pilihan raya, namun persoalannya ialah adakah tuduhan mereka itu berasas?

"Kita tidak kata pilihan raya yang diadakan selama ini adalah sempurna. Memang ada kecacatan, sama seperti di negara lain juga," katanya.

Sambil mengambil pilihan raya di Turki baru-baru ini sebagai contoh, beliau berkata walaupun AK Party (Parti Keadilan dan Pembangunan) begitu popular, tetapi keputusan menunjukkan ia hanya mendapat 50 peratus undi.

AKP memenangi 326 daripada 550 kerusi parlimen dan gagal mendapat dua pertiga majoriti (367 kerusi) yang diperlukannya untuk meminda perlembagaan secara unilateral.

Beliau berkata perkara serupa juga berlaku di India, Australia dan Amerika, antara negara yang mempunyai kecacatan dalam sistem pilihan raya.

"Tapi, jika mereka berkata ia tidak bersih, sekiranya ada permainan kotor, macam mana mereka (Pembangkang) boleh menang di lima negeri dan hampir membanjiri Perlimen dengan orang mereka?" tanya beliau.

Zulkifli berkata malah, pembangkang berjaya menafikan Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti dua pertiga dan mempunyai banyak peluang untuk menimbulkan perkara itu melalui usul, soalan, perbahasan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong dan perbahasan ucapan Bajet di Parlimen.

"Mereka tidak pernah memberi sebarang bukti tentang apa yang mereka dakwa sebagai tidak bersih. Mereka hanya hendak mengadakan perhimpunan, ingin memesongkan pemikiran rakyat bahawa pilihan raya diadakan secara tidak bersih. Kami mempertikaikan tindak-tanduk mereka berhubung perkara itu," katanya.

Beliau berkata sekiranya penganjur perhimpunan haram itu mahu mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, mereka boleh membuat temu janji dengan Istana Negara, tetapi mereka tidak berbuat demikian.

"Oleh itu, kita dapat melihat bahawa di sebalik semua ini, mereka ada agenda lain. Mereka ada niat lain. Saya percaya mereka mempunyai agenda bersifat mala fide (jahat).

"Lihat saja respons mereka apabila saya kemukakan idea ini dalam Facebook dan Twitter saya. Para penyokong Anwar berkata mereka akan "penuhi jalan raya dengan darah... ia akan menjadi satu lagi Tahrir' (merujuk kepada perhimpunan berdarah di Kaherah yang menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak)," katanya.

Beliau berkata sekiranya kumpulan pengacau itu ingin memperbetulkan sistem pilihan raya, mereka sepatutnya berusaha agar pindaan terhadap undang-undang dilakukan, bukan menyalahkan SPR.

"Sungguh tidak wajar apabila pengerusi kumpulan itu, yang pernah menjadi pengerusi Majlis Peguam, tidak memahami apa yang tidak dapat dilakukan oleh SPR... iaitu ia tidak boleh meminda Perlembagaan Persekutuan. Kalau mereka mahu mengubahnya, suarakanlah ia di Parlimen.

"Kita dapat melihat bahawa mereka tidak pernah berniat untuk berbuat begitu," kata beliau.

Kenapa Himpunan Bersih tidak memilih Segi Tiga Emas Bukit Bintang sebagai lokasi tunjuk perasaan?

Lagi-lagi Jalan Tuanku Abdul Rahman, Dataran Merdeka dan Kampung Baru. Inilah kawasan kegemaran pembangkang untuk berhimpun. Kenapa tidak memilih kawasan bukit Bintang?

Kawasan Tuanku Abdul Rahman, di mana SOGO, Pertama Kompleks, bangunan MARA, DBKL, chowkit berada. Kawasan ini adalah kawasan untuk orang miskin dan berpendapatan sederhana. Warganya mudah marak jika disulut api.

Namun, kawasan Bukit Bintang adalah kawasan elit. Mana ada orang elit dan berwang ikut tunjuk perasaan.

Lagipun kawasan Bukit Bintang ada lah kawasan peniaga kaum cina, sedangkan kawasan yang dipilih BERSIH adalah kawasan di mana peniaganya adalah kaum melayu dan india.

Kalaupun perniagaan terganggu tidak lah sebanyak mana, namun jika perniagaan kawasan bukit Bintang terganggu, maka sumber political fund untuk pembangkang akan merosot dan terganggu. Mana mereka mahu menganggu sumber kewangan mereka. Kepada Pemuda Umno dan Perkasa selain, berhimpun di kawasan Dataran Merdeka, berkumpul juga di kawasan Bukit Bintang. Biarkan pasukan keselamatan bertembung dengan Bersih di Kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Video Seks Anwar: Terserah kepada rakyat-percaya atau tidak ulas PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terserah kepada rakyat untuk memutuskan sama ada individu dalam video seks dalam kes yang didakwa di mahkamah hari ini adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini adalah sesuatu yang rakyat perlu hakimi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak sambil menambah bahawa perkara yang paling penting ialah untuk menentukan ketulenan dan kebenaran.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di ibunegara malam ini, perdana menteri berkata terserah kepada rakyat untuk menentukan.

Menurut Najib lagi, dua pakar asing telah mengesahkan ketulenan video tersebut.

Datuk Shafee Abdullah, peguam yang mewakili Tan Sri Rahim Thamby Chik - salah seorang anggota trio Datuk T - telah berkata menurut laporan 4 Jun Prof Hany Farid dan Prof Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, terdapat 99.99 peratus keirasan lelaki dalam klip video itu dengan gambar Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah.

Sebelum itu, ketiga-tiga individu di sebalik tayangan video seks seorang lelaki yang menyerupai Anwar, telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. Mereka mengaku bersalah dan didenda sejumlah RM5,500.

Mereka ialah ahli perniagan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur antara 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac lepas.

Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah. Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.

Ditanya mengenai dakwaan Anwar bahawa beliau (Najib) telah menemui Rahim di Parlimen semalam, perdana menteri Najib dengan tegas menafikannya.

Menurutnya, kakitangan di pejabatnya berkata Rahim tidak datang untuk berjumpa dengannya.

Friday, June 24, 2011

Ibu rela dinoda demi anak

PETALING JAYA: Pilihan setan. Itu situasi getir terpaksa dipilih seorang wanita berusia 40 tahun sama ada mahu dirinya atau anak perempuannya berusia lapan tahun dirogol dalam kejadian pecah rumah di Kampung Subang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dan anaknya tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berusia 30-an yang pada mulanya mahu merompak.

Demi menjaga kesucian anaknya, si ibu dirogol suspek sambil detik hitam terbabit disaksikan kanak-kanak itu. Difahamkan, ketika kejadian suami mangsa keluar bekerja.

Sumber polis berkata, mangsa dan anaknya yang tidur nyenyak di rumah berkenaan dikejutkan seorang lelaki tidak dikenali.

“Tersentak dengan itu, mangsa merayu dikasihani selain memberitahu akan menyerahkan semua barangan berharga miliknya kepada suspek asalkan dia dan anaknya tidak disentuh,” katanya.

Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

“Terkejut dengan itu, mangsa merayu dan berusaha mempertahankan dirinya. Namun, wanita itu mengalah apabila suspek mengugut untuk menodai anak perempuannya jika melawan.

“Selepas dirogol, suspek mengambil beberapa barangan berharga seperti telefon bimbit dan wang tunai dianggarkan bernilai RM500 sebelum melarikan diri,” katanya.

Mangsa menghubungi polis sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian.

Katanya, selepas mangsa memberi keterangan, dia dan anaknya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, untuk pemeriksaan dan rawatan.

Difahamkan, sehingga kini suspek belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan insiden itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 376 Kanun Keseksaan (KK). Harian Metro

Hukuman Trio Datuk T dirancang lebih awal menurut Anwar

Walaupun Trio Datuk T didenda sejumlah RM5,500 ( Eskay-3,000;Shuib-1,500 dan RTC-1,000), menurut Anwar hukuman tersebut telah diatur sebelumnya.

Anwar berkata, bahawa semalam RTC berjumpa DS Najib pada jam 11.45 pagi di Parlimen. Anwar bertanya apa urusan RTC dengan Najib.

Pendedahan di mahkamah hari bahawa pakar Amerika mengesahkan bahawa 99.99% lelaki dalam video seks yang didedahkan oleh Trio Datuk T adalah Anwar.

Walaupun telah disahkan bahawa lelaki dalam video seks tersebut adalah Anwar; Anwar masih menafikannya. Keadaan hari ini sama lah dengan DNA lelaki Y yang dijumpai pada dubur Saiful, walaupun berbagai fakta menunjukkan bahawa DNA lelaki Y itu adalah Anwar, Anwar masih menafikannya.

Itulah keistimewan Anwar. Anwar diberikuasa menafikan apa sahaja perilakunya yang buruk. Keistimewaan Anwar ini, tidak diberi kepada seorangpun warganegara negara ini. Dari 27 juta rakyat Malaysia, Anwar sahaja yang mempunyai dan keistimewaan melakukan penafian.

Mahkamah Kuala Lumpur diberitahu: Lelaki dalam video seks Anwar adalah Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus” Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa peguam yang mewakili bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah berkata, pakar video Amerika yang dirujuk polis Malaysia, telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

“Ini bererti A and B adalah orang yang serupa,” katanya kepada wartawan ketika mahkamah berehat.

Menurutnya, mengikut laporan 4 Jun Profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah.

Shafie menunjukkan salinan laporan tersebut kepada wartawan tetapi enggan membenarkan salinan dokumen itu dibuat.

Dalam fakta kes yang dibaca di mahkamah, mahkamah juga mendengar bahawa pakar tersebut mengesahkan bahawa video itu tulen tanpa pengubahsuaian dan ianya dirakamkan dengan perakam DVR milik ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Eskay adalah antara Datuk T - tiga individu di sebalik tayangan video seks lelaki mirip ketua pembangkang kepada wartawan tiga bulan lalu - yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Dua lagi ialah bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi:

“Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”

Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan.”

Ketika-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur antara 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac lepas.

Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah. Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.

Dalam fakta kes itu lagi, pakar berkenaan mendapati, rakaman berkenaan berasal daripada satu alat perakam video yang dirampas daripada Shazryl Eskay.

Pakar berkenaan seterusnya menjalankan analisis pengenalpastian wajah terhadap pelaku seks lelaki berkenaan dan hasilnya didapati menyerupai Anwar.

Anwar juga didapati hadir di sebuah pangsapuri di Ampang, Kuala Lumpur yang menjadi lokasi rakaman video seks tersebut.

Polis telah mendapati kehadiran Anwar bersama salah seorang tertuduh -- Datuk Shazryl Eskay Abdullah -- di apartmen berkenaan pada 21 Februari lalu.

Perkara itu adalah berdasarkan rakaman litar tertutup yang diperolehi polis di apartmen berkenaan.

Berikut adalah fakta kes pendakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur:

1. Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah,

2. Tan Sri A Rahim Tamby Chik

3. Dato' Shuaib Lazim.

Fakta kes

1. Pada akhir bulan Februari 2011, Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah (selepas dirujuk sebagai “Dato' Eskay”) telah pergi berjumpa dengan Dato' Shuaib bin Lazim (selepas ini dirujuk sebagai “Dato' Shuaib”) di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media USB (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (selepas ini dirujuk sebagai “Dato' Seri Anwar”) dengan seorang perempuan warganegara China.

2. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri A Rahim bin Tamby Chik (selepas ini dirujuk sebagai “Tan Sri A Rahim”) berkenaan kandungan peranti tersebut memandangkan ianya sensitif dan melibatkan kepentingan negara.

3. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berjumpa dengan Tan Sri A Rahim di Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Setelah berbincang, mereka bertiga membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti tersebut dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut.

4. Dalam perbincangan tersebut, Tan Sri A Rahim mencadangkan tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui oleh Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib.

5. Pada 19 Mac 20011, Tan Sri A Rahim telah menghubungi seorang bernama Haji Kamarulail bin Sulaiman dan meminta beliau menempah sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara.

6. Pada 20 Mac 2011, Haji Kamarulail telah pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur dan telah menempah bilik Seri Makmur di atas nama Tan Sri A Rahim bermula daripada hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin).

7. Pada 20 Mac 2011, Dato' Shazryl telah meminta ketua wartawan The Star, Sirajinisa bt Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita yang besar demi kepentingan negara.

8. Sirajinisa telah menyebarkan jemputan ini kepada beberapa wartawan dan wartawan-wartawan tersebut pula turut membuat sebaran yang sama pada wartawan-wartawan lain.

9. Pada 21 Mac 2011, ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di Hotel Carcosa Seri Negara seawal jam 9.00 pagi. Dato' Shazryl telah meminta Dato' Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara bagi menyaksikan tayangan video tersebut.

10. Pada jam 10.00 pagi, penayangan rakaman video yang mengandungi adegan aksi lucah ini kemundiannya dilakukan oleh Dato' Shazryl menggunakan sebuah LCD CPU jenama Lenovo kepunyaan Dato' Shazryl. Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Dato' Shazryl juga telah memberi penerangan mengenai rakaman video tersebut. Dato' Shazryl juga telah menerangkan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China. Dato' Shuaib juga hadir pada sepanjang masa penayangan di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tayangan hanya beberapa orang wartawan sahaja yang dibenarkan untuk menontonnya.

11. Tayangan ini mengambil masa di antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya, seramai 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari.

12. Pada 22 Mac 2011, Dato Seri Anwar telah membuat laporan polis berhubung penayangan tersebut vide Tun SHL Report 9703/11.

13. Pada 23 Mac 2011 jam 4.00 petang, satu sidang media telah dilakukan oleh Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut, Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim mengaku mereka bersama Dato Shuaib bertanggungjawab menayangkan rakaman video tersebut kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Negara pada 21 Mac 2011.

14. Pada 24 Mac 2011 jam 5.00 petang, Dato Shazryl dan Tan Sri A Rahim telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. Dato' Shazryl telah menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China.

15. Pada 25 Mac 2011, Dato' Shuaib telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

16. Keterangan mendapat rakaman tersebut diambil dalam sebuah bilik apartment di .... [dipadam] Ampang .... [dipadam] Kuala Lumpur.

17. Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Dato' Seri Anwar bersama Dato' Shazryl di lobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011.

18. Keterangan menunjukkan rakaman video tersebut mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya bogel.

19. Hasil analisa oleh pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang tampering dan superimpose serta berasal daripada satu alat perakan DVR yang dirampas dari Dato' Shazryl.

20. Pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika juga telah menjalankan facial recognition analysis terhadap pelaku seks (lelaki) di dalam rakaman video dan hasilnya mendapati adalah menyerupai Dato' Seri Anwar.

Barang kes:

1. Tun HSL Report 9703/11

2. Alat perakan DVR

3. Satu peranti storan media USB (pendrive) LCD CPU jenama Lenovo

4. Laporan pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat.

Trio Datuk T sudah mengaku salah-Anwar bila pula mengaku dialah lelaki X itu!!

Hari ini di Mahkamah Kuala Lumpur, Trio Datuk T mengaku bersalah menayangkan video seks lucah yang membabitkan Anwar. Mahkamah juga diberi peluang menonton rakaman video seks 21 minit tersebut untuk pengesahan Trio datuk-datuk tersebut.

Pada 21 Mac lalu, Trio Datuk T telah mempertontonkan kepada wartawan terpilih di Carcosa Sri Negara, satu rakaman video seks yang memaparkan lelaki mirip Anwar sedang melakukan seks dengan seorang wanita cina yang tidak diketahui identitinya.

Trio Datuk T telah bersumpah laknat pada 29 Aril lalu, bahawa lelaki dalam vidoe seks tersebut adalah Anwar.

Alasan salah seorang Datuk T- eskay Abdullah, bahawa lelaki itu adalah Anwar, kerana dia bersama-sama Anwar ketika kejadian.

Trio Datuk T sudahpun mengaku salah, Anwar bila lagi?, bahawa dialah pelakon lelaki itu? Ikut lah cara Datuk Chua Soi Lek.

Trio Datuk T mengaku bersalah

KUALA LUMPUR: Trio Datuk T mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melibatkan pendedahan video seks yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang.

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah iaitu video seks adengan seorang lelaki dan wanita secara terbuka.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru di sini.

Pendakwaan terhadap Shazryl Eskay dan Shuib dibuat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan Akta 574 manakala pertuduhan terhadap Abdul Rahim dibuat mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi persubahatan.

Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selepas pertuduhan dibacakan, semua tertuduh mengaku faham dan memohon agar prosiding ditangguhkan sebentar untuk membolehkan mereka berbincang dengan peguam masing-masing.

Pertunjukkan udara Indonesia: Juruterbang Malaysia terbunuh

JAKARTA, (Bernama) - Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, Sumatera Barat, petang semalam.

Juruterbang itu dikenali sebagai Kolonel (B) Zakaria Salleh, 56, dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor. Kedutaan Besar Malaysia di sini mengesahkan laporan itu dan usaha sedang dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazahnya ke Malaysia.

Konsul General Malaysia di Medan, Norlin Othman berkata pesawat yang dipandu Zakaria ialah dari jenis Cristian Eagle dengan nombor pendaftaran N21H dan kejadian berlaku pada pukul 5.24 petang waktu tempatan.

Difahamkan bahawa sejumlah lapan pesawat dari Malaysia termasuk pesawat malang itu mengambil bahagian dalam pertunjukan udara itu.

Pesawat lain ialah empat buah dari jenis C172, dua pesawat C150 dan satu pesawat PA28.

Menurut laporan media tempatan yang memetik seorang saksi, pesawat Eagle itu sedang melakukan aksi aerobatik apabila ia tiba-tiba jatuh menjunam ke tanah.

Pesawat malang itu juga dilaporkan mengeluarkan asap tebal sebelum menjunam ke tanah lapang di Jalan Galaksi.

Sejurus kemudian anggota polis dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) mengeluarkan mangsa dan terus membawanya ke Hospital M Djamil, Padang.

Polis Padang berkata Zakaria yang cedera parah meninggal dunia di hospital.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata Allahyarham Zakaria merupakan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kini bertugas sebagai juruterbang eksekutif syarikat penerbangan Berjaya Air.

Allahyarham berasal dari bandar Country Homes, Rawang, dan telah menyertai Berjaya Air sejak empat tahun lepas dan semasa bertugas dengan TUDM, Allahyarham merupakan kapten pasukan aerobatik, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Zakaria adalah juga kapten Kelab Penerbangan Diraja Selangor dan juga, Ketua Jurulatih Penerbangan kelab itu.

Difahamkan isterinya yang hanya dikenali sebagai Laila telah berada di Padang, Sumatera sebaik mengetahui kemalangan maut suaminya.

Beliau yang dihubungi Bernama di Sumatera bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan.

Thursday, June 23, 2011

SMS Ugutan Bunuh: Ambiga buat laporan polis

Ambiga membuat laporan polis mengenai SMS yang mengugut membunuhnya di Balai polis Travers, Kuala Lumpur petang tadi.

Anwar dalang Bersih, Tetapi dirinya tidak bersih

Anwar sepatutnya membersihkan dulu dirinya. Pertama dalam isu liwatII. Kedua isu video seks yang didedahkan Datuk T, sebelum meminta orang lain bersih.

Himpunan Bersih2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai, akan merosakkan nama Malaysia di peringkat dunia.

Sudah tentu pada hari itu, pihak polis akan bertindak menghalang himpunan itu, kerana himpunan itu adalah himpunan haram aka tanpa permit.

Bohong besar, jika ada tunjuk perasaan dijalankan secara aman. Hanya gimik penganjur untuk menghalalkan tindakan mereka.

Anwar memang pakar dalam membuat huru hara, bukan sahaja pada masa ini. Rekod Anwar bermula sejak tahun 1974, Anwar adalah penyokong tunjuk perasaan jalanan.

Anwar tidak pentingkan keamanan dan keharmonian, yang penting cita-cita tercapai apapun caranya.

Anwar tahu, jika secara demokrasi, tidak mungkin dia menjadi Perdana Menteri, atas sebab itu, satu-satunya jalan untuk mengapai cita-citanya itu adalah melalui kekerasan.

Macam mana Nik Aziz dan Haji Hadi boleh terpengaruh dengan orang ni?

Pada masa dan ketika ini, orang ini lah yang paling berpengaruh terhadap Nik Aziz dan Haji Hadi Awang. Pemimpin Pas pun dah tunduk apa lagi pengikutnya.

Himpunan 9 Julai akan bertukar kah menjadi Himpunan People Power???

Tahun 1986 apabila isteri Ninoy Corazon Aquino turun ke jalan dengan simbol LABAN dan berjaya mengusir Marcos, sehinggakan gelombang itu dinamakan people power.

Mungkin itu yang ingin dicontohi oleh Himpunan Bersih, kerana mereka juga mengunakan warna kuning sebagai lambang, sepertimana digunakan oleh Corazon.

Malangnya, keadaan tahun 1986 yang berlaku di Filipina itu berbeza dengan keadaan negara kita. Di negara ini, seolah-olah kerajaan yang senantiasa berada dalam keadaan defensive menghadapi karenah pembangkang.

Kerajaan hanya mampu memberi amaran, kadang-kandang dengan mudah mengalah.

Di Filipina pada tahun 1986, semangat rakyatnya berkobar-kombar, akibat perintah ketenteraan yang diistiharkan oleh Marcos, berabad lamanya. Rakyat tiada peluang bersuara. Namun keadaan itu tidak berlaku di negara kita, pihak pembangkang di sini, jauh lebih lantang dibanding kerajaan yang memerintah.

Pihak pembangkang dengan bebas menaburkan berbagai fitnah yang berunsur hasutan, pembangkitan semangat perkauman, dan mempertikai anutan agama.

Di sini lah perbezaan antara apa yang berlaku di Filipina pada tahun 1986. Menjadikan Himpunan Bersih sebagai permulaan bagi People Power tidak akan berlaku di negara ini, kerana majoriti rakyat faham sitausi yang berlaku.

Rakyat faham bahawa kekacuan yang didalangi pihak Pembangkang terutama oleh Anwar Ibrahim adalah untuk mendapat kuasa bukan secara demokrasi, akan tetapi secara kekerasan.

Tuntutan Bersih agar pilihanraya Umum menggunakan dakwat kekal, minimum masa berkempen 21 hari bukanlah tuntutan yang perlu demonstarsi atau memorendum yang perlu diserahkan kepada SPB Agong.

Penggunaan dakwat kekal atau masa berkempen minimum 21 hari, bukanlah pra syarat pilihanraya yang adil dan memastikan kemenangan pembangkang. Kemenangan sesebuah parti dalam pilihanraya adalah terletak kepada senitmen dan persepsi rakyat kepada sesbuah parti itu. Ertinya, parti yang disukai rakyat itulah yang menang. Buktinya pada PRU-12 yang lalu, rakyat lebih suka kepada Pembangkang di negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan, maka pembangkang menguasai negeri-negeri tersebut. Sebaliknya rakyat di Sarawak, Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu, masih menyukai BN, maka BN menang di negeri-negeri tersebut.

Walaupun Himupunan Bersih2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai berjaya menyerahkan memorendum kepada SPB Agong, tidak semestinya rakyat majoriti akan berpihak kepada pembangkang pada PRU akan datang. Ada kemungkinan boleh berlaku, sepertimana PRU-2004, di mana BN menang dengan majoriti besar, walaupun pada tahun 1999, sokongan kepada BN agak lemah.

Himpunan Bersih2.0 hanya mainan Anwar untuk mengalih pandang isu peribadinya. AYT yakin, himpunan Bersih2.0 tidak menadapat sambutan rakyat sepertimana yang diharapkan oleh penganjur. Baik Pembangkang, Pemuda Umno atau Perkasa, tidak akan mampu menghimpun perserta yang diinginkan.

Bagi AYT, Himpunan pada hari itu hanya himpunan sia-sia dan membuang masa serta merugikan rakyat biasa.

Kalau tak dedah video seks Anwar: Trio Datuk T tidak dihadap ke mahkamah

Tujuan asal Trio Datuk T mendedahkan Video seks yang memaparkan lelaki mirip Anwar adalah untuk menunjukkan kelakuan sebenar Bakal Perdana Menteri, yang kini pemimpin Pakatan- Datuk Seri Anwar bin Ibrahim.

Rakyat hanya mengetahui bahawa Anwar adalah pengamal seks songsang sepertimana dibicarakan dimahkamah sehingga kini. Namun rakyat, hanya mendengar tuduhan bahawa Anwar juga pengamal dua alam, yakni hubungan dengan wanita juga ok dengan lelakipun ok.

Melalui pendedahan Trio Datuk T pada 21 Mac lalu, kini, rakyat negara ini, telah disajikan kelakuan bakal Perdana Menteri Malaysia.

Akibat pendedahan Trio Datuk T yang pada hematnya bertujuan untuk memberi gambaran sebenar kelakuan bakal PM, memerangkap mereka dan akan didakwa di mahkamah pada jumaat dengan tuduhan mengedar video seks lucah.

Rakyat yang bertujuan baik demi negara, bangsa dan agama pada masa akan datang terpaksa berhati-hati, kerana tujuan baik itu mungkin memerangkap diri sendiri.

SMS Ugutan pada Ambiga: Mainan Pembangkang sendiri!!!

MANA ADA pembunuh menghantar SMS!!! Pembunuh adalah pembunuh, tiada yang mengetahui, kecuali saat membunuh, sipembunuh kena tangkap atau tertangkap kemudian kerana ada saksi atau terkesan oleh anjing pelacak.

SMS yang diterima Ambiga dan beredar dari semalam, AYT percaya adalah mainan Pembangkang, untuk membakar semengat penyokong Pembangkang agar supaya menyertai himpunan Bersih2.0.
Berasaskan risikan Himpunan Bersih2.0 tidak akan mendapat sambutan sepertimana yang diharapkan, tidakpun dapat menyaningi jumlah yang menyertai Bersih1 yang diadakan pada penghujung tahun 2007.

SMS yang dihantar melalui nombor 601119732179 yang membawa pesanan "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Himpunan Bersih: Bancian The Star Online Palsu

Biasanya penghunjug the Star online antara 300-400 ribu sehari, termasuklah semasa PRN Sarawak.

Melalui bancian sebelum ini, portal online tersebut hanya berjaya menarik 30 ribu pengundi dalam beberapa hari, namun kali ini, apabila bancian untuk Himpunan Bersih, dalam beberapa jam jumlah pengundi melonjak sehingga 1,327,139 daripada jumlah tersebut 99% bersetuju agar Himpunan Bersih diteruskan.

Setelah menyedari bahawa data tersebut dimanipulasi, maka portal the star online menutup bacian tersebut lebih awal sebelum tarikh tutup sebenarnya yakni hari selesa lalu.

Selepas ditelusuri mengenai lonjakan penghujung yang melonjak dengan ketara itu, rupanya pihak pembangkang mengHack bancian tersebut, dimana daripada satu IP sahaja, didapati mengundi lebih 60ribu kali.

Malaysiakini pulak cukup pantas dalam mengambil jumlah pengundian tersebut walhalkan kalau di fikir secara Logik akal mana mungkin hanya 1% sahaja rakyat yang menolak Demo Bersih.

Berikutan jumlah undian yang mencurigakan itu, pihak The Star Online terpaksa membuat kenyataan berikut:

1. Dalam masa kurang daripada satu hari, pengundian tersebut menarik lebih daripada satu juta undian yang menyebabkan pihak The Star Online mengesyaki bahawa keputusan sedang dimanipulasi. Sedangkan, pengundian terdahulu hanya menarik purata tidak lebih daripada 30,000 jawapan selama beberapa hari.

2. Jumlah pelawat unik ke The Star Online adalah kira-kira 400,000 setiap hari, maka ia menambah syak wasangka pihak The Star Online bahawa terdapat manipulasi.

3. Pemeriksaan awal log laman web menunjukkan kira-kira sejuta undian ke laman pengundian daripada hanya satu alamat IP.

4. Bertindak atas kepercayaan bahawa keputusan pengundian telah dicemari, pihak The Star Online telah membuat keputusan untuk menutup pengundian sebelum tengah hari Selasa.

Bukti nyata bahawa cybertrooper Pembangkang kini telah beroperasi dengan maksima, sesuai dengan kenyataan Rafizi Ramli-Pengarah Strategik PKR.

Datuk T dihadapkan ke Mahkamah: Anwar yang cemas

Trio Datuk T akan dihadapkan ke Mahkamah jumaat ini (24/6) sepertimana pengakuan salah seorang Datuk T Eskay Abdullah, semalam.

Terdengar sahaja bahawa Datuk T akan dihadapkan ke mahkamah, Anwar merasa cemas dan memaksa Ketua Umum PKR tersebut membuat sidang akhbar.

Kegelisahan Anwar terbukti apabila Ketua pembangkang itu membuat kesimpulan, walaupun Datuk T didakwa, maka keputusan mahkamah nanti, akan memberikan hukuman yang seringan-ringannya, kerana alasan Anwar dengan nada yang menyindir-bahawa Eskay kelihatan sebagai orang Umno, Rahim Thamby Chik adalah pemimpin Umno yang bermoral tinggi sementara Shuhib Lajim adalah mantan pemimpin Perkasa.

Anwar turut mengakui bahawa melalui pendakwaan Datuk T akan mensabitkan dirinya sebagai lelaki dalam video seks yang didedahkan oleh trio tersebut pada 21 Mac lalu dan beredar di Youtube, sejak hujung April.

Sebelum ini, Trio Datuk T telah melapazkan sumpah laknat pada 29 April lalu di sebuah masjid di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

Pada petang 21 Mac, sebaik sahaja video seks Anwar dipratonton kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa, Anwar mengadakan sidang akhbar menafikan lelaki dalam video seks tersebut. Keesokan harinya Anwar membuat laporan polis, di Balai polis Daang Wangi, Kuala Lumpur. Berikutan itu, polis mengwujudkan pasukan khas menyiasat laporan tersebut di bawah seksyen 292 CPC-kesalahan jenayah menyebarkan video seks lucah.

Dalam siasatan polis dengan bantuan pakar tempatan dan luar negara, polis mendapati bahawa rakaman video seks tersebut adalah tulen. Melalui pengakuan itu, maka tidak syak lagi, bahawa pelaku lelaki mirip Anwar itu, adalah Anwar.

Walaupun video seks asal kononnya hanya polis yang menyimpannya, namun klip video seks berduarasi 21 minit itu muncul di youtube. Pelaku muat turun di youtube, hingga kini masih misteri.

Ekoran tersebarnya rakaman video seks tersebut di internet, maka penyebaran dalam bentuk CD dikhabarkan berleluasa, di seluruh negara.

Melalui perbicaraan Datuk T nanti, sudah tentunya Anwar akan dipanggil untuk meminta keterangannya mengenai video itu. Akibatnya, rahsia Anwar terbongkar lagi, ini lah yang mencemaskan Anwar.

Wednesday, June 22, 2011

Cara Anwar tangguhkan kes liwatnya: Rayuan gugurkan Hakim Zabidin Mohd Diah didengar 6 Julai

Apapun keputusan mahkamah rayuan yang mendengar permohonan Anwar agar Hakim yang mendengar liwat II nya, Hakim Zabidin Mohd Diah telahpun menetapkan untuk mendengar pembelaan Anwar 13 julai.

Anwar diperintah membela diri terhadap pertuduhan kepadanya meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, kali terakhir pada 26 Jun 2008, di sebuah kondominum di Jalan Setiakasih, Bukit Damasara, Kuala Lumpur.

Pada 6 Jun, Hakim Zabidin telah membuat keputusan bahawa permohonan Anwar melucutkannya tidak mempunyai merit. Walau bagaimanapun, Peguam Utama Anwar Karpal Singh berjaya mendapat perintah penangguhan daripada Hakim Zabidin sementara menunggu rayuan di mahkamah rayuan.

Anwar cemas- Trio Datuk T didakwa di mahkamah

Anwar cemas, kerana Trio Datuk T yang bertanggungjawab mendedahkan video seks yang berdurasi 21 minit pada 21 Mac lalu, akan dihadapkan ke mahkamah kerana mengedar video lucah.

Apabila Trio Datuk T didakwa nanti, sudah tentu pihak OKT akan memberitahu mahkamah bahawa pelakon video seks tersebut adalah Anwar. Anwar tentunya akan disapina sebagai saksi pendakawaan.

Anwar telah membuat laporan polis pada petang 21 Mac, selepas Video seks tersebut dipratonton oleh Eskay kepada wartawan terpilih di Sri Carcosa Negara, Kuala Lumpur.

Sehingga kini, Anwar menafikan bahawa lelaki dalam video seks tersebut bukanlah dirinya, walaupun wajah dan lengang lengok lelaki tersebut mirip dirinya.

Video seks tersebut kini di bawah simpanan polis, namun siapa yang menyebarkan melalui youtube, sehingga kini masih misteri.

Semasa PRN Sarawak lalu, apabila Anwar ditanya mengenai video seks tersebut, Anwar sempat naik angin dan memarahi wartawan, di Kuching, Sarawak.

Selain itu, apabila salah seorang Ketua rumah panjang di Sarawak bertanya soalan kepada Anwar mengenai video seks tersebut, Anwar juga merasa tersinggung, dan tergesa-gesa meninggalkan majlis perjumpaan tersebut.

Sidang DUN Sarawak: DAP tunjuk ajar pada PAS

Yang Tidak memakai Pakaian istiadat adalah ADUN DAP
PAS telah menyaksikan belang DAP kawan parti itu dalam Pakatan apabila 11 ADUNnya tidak memakai pakaian istiadat semasa mengangkat sumpah, kerana mendakwa pakaian itu bercirikan islam.

Pas tidak perlu berkarenah lagi, sudah terang lagi bersuluh, DAP adalah anti islam.

Bayangkan sahaja, jika DAP mempunyai lebih kerusi berbanding PAS, baik parlimen mahupun DUN apatah lagi DAP memerintah negara ini, agama persekutuan itu akan diinjak-injak.

Pemimpin PAS patut melihat ini semua adalah petanda-kenyataan Karpal Singh- "Islam over my dead body" masih berkuat kuasa di kalangan DAP.

Video seks Anwar: Eskay didakwa Jumaat ini

Menurut laporan portal pembangkang- Eskay ada menghantar SMS bahawa dia akan didakwa di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur Jumaat ini.

Eskay jadi bahan berita apabila mendedahkan video seks yang memaparkan Anwar sebagai pelakonnya pada 21 Mac lalu, di hotel Carcosa Negara, Kuala Lumpur.

Berikutan pendedahan tersebut, dua individu yang lain yang mengaku berkaitan dengan video seks tersebut adalah Datuk Rahim Tamby Chik-Manatan Ketua Menteri Melaka dan Suhib Lazim-Mantan Bendahari Perkasa.

Tiga individu tersebut yang menamakan diri mereka dengan gelaran Datuk T, telah melafazkan sumpah laknat di sebuah masjid Bandar Baru Sentul pada 29 April lalu.

Video seks dedahan Trio Datuk T itu, kini berada ditangan polis, namun berjaya dimuat turun di Youtube, oleh individu yang tidak dikenali.

Video seks 21 minit itu, memaparkan hubungan seks lelaki mirip Anwar dengan seorang wanita cina.

Anwar telah menafikan bahawa lelaki miripnya itu, bukanlah dirinya, kerana lelaki dalam video tersebut berperut buncit dan bertetek lendur.

Ibrahim Ali rasa bangga apabila ada pihak mahu beliau ditangkap

“Saya merasa sungguh hebat,” kata presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas bidasan yang diterimanya daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan yang mahu beliau diheret ke mahkamah mengikut Akta Hasutan.

Ibrahim berkata beliau menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan penasihat DAP Lim Kit Siang yang membidasnya hanya berdasarkan laporan sebuah portal berita.

“Mereka tidak peduli semak apa kenyataan bermaksud saya kata masa sidang akhbar... yang penting ada peluang mereka mahu belasah saya.

“Bagi Lim Lim Kit Siang tidak ada apa nak dihairankan. Bagi dia, saya ibarat lembu tua yang kalau direbus pun tidak lembut lagi... Manakala Malaysian Insider cari Khairy untuk kecam saya sebab kita tahu hubungan mereka,” kata Ibrahim yang merupakan ahli parlimen Pasir Mas.

Di Dewan Rakyat, semalam, Khairy menganggap amaran Ibrahim supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan kenyataan "perkauman, menghasut dan berbahaya.”

Lim pula mencabar kerajaan di Parlimen yang didakwa gagal bertindak berhubung ugutan Ibrahim untuk melancarkan perang jihad menentang orang Kristian.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee pula menggesa kerajaan menggunakan Akta Hasutan ke atas Ibrahim berhubung kenyataannya pada Ahad lalu.

Menurut Ibrahim beliau sanggup berjuang seorang diri jika komen tiada ahli-ahli parlimen Melayu yang menyokongnya.

“Saya juga tidak mengharap ahli-ahli parlimen Melayu yang lain sokong saya. Seorang saya pun, saya boleh berjuang,” katanya.

Sementara itu, setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali membidas Majlis Peguam yang mengecam kumpulan pendesak Melayu itu kerana bertindak memijak dan membakar gambar pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan.

“PERKASA nak tanya Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yg buat kenyataan itu, mengapa bila ada pihak lain membakar gambar seorang Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain penulis buku Interlok, Majlis Peguam tidak pernah kritik atau kecam mereka.

“Mengapa bila bakar gambar org Melayu, Majlis Peguam diam seribu bahasa? Apakah jika kena kepada pihak Melayu, Majlis Peguam akan perlu bising dan kaum lain diamkan saja?” soalnya juga menerusi kenyataan media SMS yang dihantar kepada Malaysiakini.

Menurut Syed Ali, PERKASA juga mahu Majlis Peguam bertindak ke atas Ambiga kerana menghasut rakyat berhimpun di jalanraya.

“Bukan ke Chee Wee tahu BERSIH tidak mendapat permit dan Chee Wee juga tahu Ambiga terus menghasut rakyat turun ke jalan raya. Bukankah itu satu hasutan dan ia juga melanggar undang-undang negara?

“Jadi mengapa hanya salahkan Ibrahim seorang? Apakah Majlis Peguam memilih bulu? Apakah Majlis Peguam satu NGO memihak-mihak?” katanya.

Tuesday, June 21, 2011

Himpunan Bersih: Anwarlah dalangnya

Nurul Izzah wakil rakyat Lembah Pantai daripada PKR cuba menasihatkan kerajaan agar mencontohi pilihanraya Turki.

Pada PRU Turki baru-baru ini, Nurul Izzah hadir sebagai tetamu Parti AK yang menang besar dalam piliharaya tersebut.

Kalau lah Nurul mahukan agar pilihanraya seperti di Turki, dimana pemimpin politik yang dikaitkan dengan masalah moral dipaksa berhenti dan meletakkan jawatan, sehingga sisatan selesai, maka Nurul mempunyai tugas berat-perlu meminta bapanya berhenti daripada sebarang jawatan politik sehingga siasatan mengenainya selesai.

Nurul tahu betul bahawa bapanya kini menghadapi perbicaraan liwat yang bersambung pada 16 Julai dan isu video seks yang memaparkan bapanya dalam video tersebut.

Selepas pilihanraya 1969, pilihanraya di negara ini berjalan dengan aman; termasuk tahun 1990, di mana BN berhadapan dengan Angkatan Perpaduan Ummah (S46 dan PAS) dan Barisan Aliternatif S46-DAP-PBS. Pada PRU tersebut, Kelantan terlepas ke tangan PAS hinggalah ke hari ini.

Selepas sahaja Anwar dipecat daripada Umno dan Kerajaan pada tahun 1998, maka pada PRU-1999, walaupun Anwar berada dalam penjara, namun para pengikutnya membuat kekacauan di sana sini dengan provokasi kepada pihak keselamatan terutama pihak polis.

Sejak 1998, Anwar menkambingkan hitamkan suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan polis pada setiap pilihanraya, apabila calon mereka kalah.

Selepas PRU12, dimana Pembangkang berjaya merampas 5 negeri dan wilayah persekutan dan 8 PRK selepas itu, parti pembangkang dan Anwar tidak pun menyerang SPR; namun selepas rakyat menyedari kesilapan menyokong Pembangkang, maka 8 PRK selepasnya dan terakhir PRK Merlimau dan Kerdau, pembangkang menyaksikan kekalahan calon-calon mereka, maka pembangkang kembali kepada rentak lama-menyalah SPR kerana kekalahan tersebut.

Pada PRN Sarawak April lalu, daripada 71 kerusi yang dipertandingkan- BN hanya menang 55 kerusi, walaupun sebelum DUN Sarawak dibubarkan BN mempunyai 63 kerusi. BN menyaksikan bagaimana kerusi-kerusi bandar dan spra bandar berjatuhan kepada pembangkang. Jika SPR tidak telus dan menyebelahi BN-sudah tentu Presiden parti SUPP tidak kalah di DUN Piasau. Demikian juga, Baru Bian tidak akan menang di kawasan kubu kuat BN, selain itu-Timbalan Presiden SPDP tidak kalah di DUN Kerian.

Sebenarnya SPR telah menjalankan tugas dengan baik, adil kepada parti-parti yang bertanding. SPR tidak dapat menentukan siapa parti yang perlu dipilih rakyat.

Berasaskan kepada sentimen rakyat, rakyat majoriti belum mahu memberi peluang kepada pembangkang merampas Putrajaya. Atas sebab itu, Anwar memcipta kekacuan agar pihak kerajaan dan polis mengambil tindakan. Apabila ini berlaku, maka mode rakyat akan terpengaruh untuk menyebelahi Pembangkang.

Anwar dalam benaknya terpaksa go all out, kerana selain masalah moralnya, juga persepsi rakyat majoriti kini,bahawa pakatan pembangkang, hanya mampu membuat janji retorik. Rakyat menyaksikan bagaimana keadaan negeri-negeri yang diperintah Pakatan, bukan bertambah baik, malah bertambah buruk. Indeks jenayah, indeks pengangguran dan masalah sosial lain terus bertambah di negeri-negeri tersebut. Bukan itu sahaja, peluang perniagaan bagi kaum melayu dan bumiputera bukan bertambah, malah cuba dikekang.

Apabila penduduk majoriti yakni kaum melayu dan bumiputera tidak mempunyai daya beli, tempias akan merebak kepada peniaga cina. Peniaga cina tidak dapat menjual barangannya, akhirnya keadaan ekonomi mereka semakin lama semakin merundum.

Hakikat ini lah yang menghantui Anwar, atas sebab itu, demi meneruskan memontem dan semangat penyokongnya, kekacauan seperti himpunan Bersih diadakan.

Rakyat biasa yang akan ikut dalam perhimpunan itu hanya digunakan sebagai alat oleh Anwar untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Pemimpin Pakatan seperti Lim Kit Siang, sudah dikejar waktu-kalau bukan pada PRU-13 mengwujudkan impiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri, maka masa itu pemimpin veteran DAP itu tiada lagi. Demikian juga untuk Anwar, ini lah peluang terakhir baginya, jika gagal-politik Anwar dengan sendirinya ternoktahkan.

Kerja Bodoh ikut perhimpunan 9 Julai

Hanya mereka yang kurang waras sahaja ikut himpunan 9 julai. Kerja tunjuk perasaan ini, hanya kerja menyusahkan orang ramai.

Pelik sungguh, kerana muka satu ni, Khairy Jamaluddin, Ibrahim Ali terpancing untuk ikut sama.

Enggan rujuk: Wanita muda ditikam bekas suaminya

Kota Bahru:Hanya kerana enggan rujuk semula, seorang wanita cedera parah apabila diserang dengan gunting sehingga cedera di kepala, leher dan muka oleh bekas suami dalam pergaduhan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya.

Dalam kejadian yang berlaku di Kota Baru semalam, pelatih salun kecantikan Hazita Mohamad, 28, berasal dari Tumpat, berkunjung ke pasar raya itu untuk membeli barang keperluan salun.

Kejadian malang yang menimpa wanita malang itu berlaku kira-kira pukul 4 petang apabila Hazita enggan menuruti permintaan bekas suaminya yang berusia 29 tahun supaya kembali semula kepadanya.

Difahamkan keengganan merujuk kembali menjadi punca motif kejadian berlaku.

Ekoran itu, wanita malang itu dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Kota Baru, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sebelum itu, bekas suami mangsa dikatakan telah mengekori kereta yang dipandu wanita tersebut hingga ke pasar raya berkenaan.

Katanya, sebaik tiba di tempat letak kereta, suspek telah menerpa masuk ke dalam kereta mangsa lalu berlaku pergelutan.

“Mangsa telah dikelar di muka dan ditikam di kiri dan kanan leher serta belakang kepala dengan gunting.

“Suspek kemudian melarikan diri selepas orang ramai cuba meleraikan pergaduhan tersebut,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal pihaknya mendapati punca pergaduhan itu ialah kerana suspek naik berang selepas permintaannya untuk rujuk ditolak mentah-mentah oleh mangsa.

Menurut Azham, pihaknya telah mengenal pasti identiti suspek yang bekerja sebagai pembantu hospital itu dan yakin dia akan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera.

Blog Archive